Wednesday 3 August 2011

SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN PERWARIS TANAH KG BHARU



Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, untuk membela nasib pemilik dan
perwaris tanah Kg Bharu.

SPKB adalah sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Titiwangsa. SPKB adalah terdiri daripada pemilik tanah, pakar undang-undang, profesional, dan aktivis
masyarakat yang selama ini memberikan sokongan kepakaran dan tenaga kepada Allahyarhamuha YB Dr Lo'lo' untuk memastikan keadilan tertegak dalam usaha untuk membangunkan tanah Kg Bharu. SPKB akan terus wujud selepas pemergian arwah untuk memastikan harapan beliau dan rakyat tercapai.

Selari dengan hasrat rakyat, SPKB menuntut agar Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Bharu 2010 (RUU PPKB) dimansuhkan. SPKB ingin menegaskan bahawa apa sahaja cadangan pembangunan Kg Baruselepas ini mestilah dilakukan secara telus dan jujur dengan pemilik dan perwaris tanah selepas meminta pendapat, mengambil kira pandangan, dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum dikemukakan di Parlimen.

SPKB akan meneruskan program-program penerangan dan turun padang untuk menjelaskan kepada semua penduduk, perwaris dan pemilik tanah tentang cadangan pindaan kpd RUU PPKB yg dicadangkan kerajaan baru-baru ini.

SPKB berpendapat bahawa cadangan pindaan tersebut sangat mengelirukan kerana ia tidak mengubah langsung RUU PPKB yang telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada 17 Disember 2010 yang lalu.Penduduk Kg Bharu harus diberikan pemahaman yang jelas tentang perkara ini.

Allahyarhamuha YB Dr Lo'lo' telah berjuang sepanjang hayat beliau sehingga ke detik yang terakhir. Pengorbanan beliau adalah untuk rakyat dan perjuangan beliau akan diteruskan. SPKB mengajak semua
pihak untuk mendoakan agar Allah memberikan sebaik-baik ganjaran kepada arwah dengan rahmatNya. Al-Fatihah.

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kg Bharu (SPKB)
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Titiwangsa
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday 18 July 2011

Solat Jenazah Dr. Lo'lo'

Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Sunday 17 July 2011

Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali

Kami pihak keluarga Dr Lo’lo’ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.  

Saturday 2 July 2011

Peluang untuk Kementerian Wilayah menarik semula RUU PPKB 2010

Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya ingin menyatakan bahawa pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu bersyukur dan lega kerana RUU PPKB 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai.


Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menarik balik RUU ini daripada Parlimen dan kembali mengadakan perbincangan serta dialog dengan para pemilik dan pewaris tanah Kg Bharu dalam setiap usaha Kerajaan membangunkan Kg Bharu. Kementerian juga perlu mendapatkan persetujuan semua pemilik dan pewaris tanah dan yang lebih penting mendapatkan persetujuan Lembaga Pentadbiran MAS berkaitan pembangunan Kg. Bharu.


Lembaga Pentadbiran MAS yang telah wujud sejak tahun 1900 perlulah diberikan keutamaan berbanding Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang  tiada mandat rasmi daripada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu.  Ahli Parlimen yang diberikan mandat secara sah melalui pilihanraya juga sepatutnya dilibatkan aktif bermula daripada peringkat perangkaan lagi untuk memastikan penyelesaian yang terbaik dan adil, terutamanya kepada pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu.


Kementerian juga boleh melakukan apa-apa pembangunan melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sememangnya mempunyai kuasa yang sah dalam mentadbir tanah Kg. Bharu. Jika pembangunan Kg. Bharu memerlukan suatu Akta Parlimen maka  pihak Kementerian perlu ikhlas dan telus untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah sebelum mengemukakan RUU yang baru.


Saya sangat berharap pihak Kementerian dapat merealisasikan slogan yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri berkenaan dengan era "Government knows best" atau "Kerajaan sahaja yang tahu yang terbaik" telah berakhir.







YB Hjh Dr Lo'lo' Datuk Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa




Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Thursday 30 June 2011

PEMILIK & PEWARIS TANAH KG. BHARU MENOLAK PERBADANAN PEMBANGUNAN KG. BHARU




Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) di Dewan Rakyat pada 17 Disember 2010. Pada mulanya telah dijadualkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen pada bulan Mac 2011. Walau bagaimana pun setelah mendapat tentangan dan bantahan para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu cadangan bacaan kali kedua telah ditangguhkan ke sesi Parlimen pada Jun 2011 kali ini.
Bantahan dan tentangan para pemilik dan pewaris tanah ini kerana mereka telah didedahkan dengan beberapa peruntukkan di dalam RUU PPKB 2010 tersebut yang jelas akan menganaktirikan, memanipulasi, menindas dan akhirnya akan merampas tanah milik mereka. Kementerian dalam beberapa sesi penerangan kepada para pemilik dan pewaris tanah memberi jaminan bahawa kepentingan pemilik tanah tetap terjamin tetapi jaminan tersebut tidak boleh diterima begitu sahaja. Kenapa? Kerana sebelum-sebelum ini para pemilik dan pewaris tanah sudah diperdaya, dimanipulasi dan ditipu oleh pihak Kementerian.
Cadangan untuk menggubal suatu Akta bagi membangunkan Kg. Bharu bukan sesuatu yang baru. Ia telah bermula sejak tahun 2007 apabila suatu draf rang undang-undang mengenainya telah digubal. Bermula daripada deraf tersebut, beberapa siri perbincangan di antara kerajaan melalui KWPKB telah dilakukan antaranya melalui suatu makmal yang dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan di Melaka. Keputusan di dalam makmal tersebut antaranya mahukan KWPKB meminda beberapa perkara yang difikirkan tidak wajar dan hendaklah membentangkan naskah akhir rang undang-undang tersebut sebelum dibentangkan di Parlimen. Malangnya Kementerian bertindak sebaliknya iaitu tidak menghiraukan segala cadangan yang diputuskan di dalam makmal tersebut dan tidak juga membentangkan terlebih dahulu kepada para pemilik tanah. Kerajaan terus dengan bangganya membentangkan RUU PPKB 2010 di Dewan Rakyat. Apa maksud tindakan ini? Maksudnya para pemilik dan pewaris tanah telah diperdaya dan dimanipulasi. Memang benar Kerajaan meminta pandangan mereka tetapi pandangan mereka tak pernah diambil perhatian. Sekarang sekali lagi Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar hendak meneruskan bacaan kedua di Dewan ini untuk meminta semua ahli Parlimen bersetuju dengannya.
Hari ini, bersama saya adalah wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu ingin menegaskan di sini dan untuk kesekian kalinya bahawa para pemilik dan pewaris tanah menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu sekaligus menolak RUU PPKB 2010 ini.
Kami Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa mesej ini daripada para pemilik dan pewaris tanah bahawa apa sahaja yang berkaitan tanah Kg. Bharu hendaklah mengambilkira kepentingan dan persetujuan pemilik dan pewaris tanah dan bukannya wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan tersendiri.
Kg. Bharu yang wujud sejak 110 tahun lalu ditadbir secara sah oleh Lembaga Pentadbiran MAS (Malay Aggricultural Settlement). Lembaga MAS ini merupakan pentadbir yang sah melalui Malay Agricultural Settlement Rules 1950 [Selangor G.N. 50/51 & Selangor G.N. 66/51 dan Selangor G.N. 480/54 yang sehingga kini masih berkuatkuasa. Enakmen dan Lembaga MAS juga akan dihapuskan melalui RUU PPKB 2010 ini. Persoalannya, jika Kg. Bharu sudah mempunyai suatu institusi pentadbiran yang sah, kenapa perlu suatu Perbadanan baru diwujudkan melalui RUU PPKB 2010 ini? Kenapa tidak dibangunkan Kg. Bharu melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sudah mempunyai kuasanya yang sah. Kenapa tidak Kerajaan memperkukuhkan institusi ini dan memberikan segala bantuan dan sokongan kepada institusi ini yang telah lama mentadbir Kg. Bharu?

Kami juga maklum bahawa Klausa untuk membubarkan Enakmen dan Lembaga MAS di dalam RUU PPKB 2010 ini telah dicadangkan untuk ditarik balik, tetapi jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlunya Perbadanan? Kenapa perlu ada dua institusi untuk mentadbir Kg. Bharu? Apa status Lembaga Pentadbir MAS jika Perbadanan ini diwujudkan? Adakah hanya sekadar pemerhati sahaja sedangkan mereka adalah pentadbir yang sah.
Terdapat banyak lagi isu dan persoalan berkaitan niat RUU PPKB 2010 ini yang perlu dibahaskan. RUU PPKB 2010 yang dibacakan kali pertama yang mendapat tentangan para pemilik dan pewaris tanah masih ada di hadapan kami. Kemudian kami dimaklumkan oleh para [pemilik dan pewaris tanah ini bahawa mereka telah dibentangkan beberapa pindaan kononnya penambahbaikan kepada RUU PPKB 2010. Tetapi cadangan pindaan tersebut juga sebenarnya terlalu kabur dan mempunyai muslihat-muslihat tertentu. Antara pindaan yang dicadangkan seperti berikut :-
a)   Keanggotaan Perbadanan
a.   Telah ditambah keanggotaan bagi jawatan Timbalan Pengerusi yang mana tiada dalam RUU asal;
b.   Dua (2) wakil tuan tanah Kg. Bharu telah digantikan dengan lima (5) wakil NGO;
b)   Majlis Penasihat
a.   Nasihat Majlis Penasihat hanya akan dikaji, diteliti dan diambilkira jika sesuai;
c)    Akta Pengambilan Tanah 1960
a.   Peruntukkan berkaitan penggunaan Akta ini ditarikbalik tetapi tidak bermakna Akta ini tidak boleh digunapakai dalam proses pembangunan Kg. Bharu.
d)   Pemansuhan dan Pembubaran Lembaga Pentadbiran MAS
a.   Peruntukkan ini telah ditarikbalik tetapi lebih banyak menimbulkan persoalan seperti yang disebutkan sebelum ini.
Justeru hari ini, saya bersama wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu menyeru dan mendesak KWPKB supaya menarikbalik RUU PPKB 2010 dan dengarlah hasrat dan suara pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana ini adalah tanah dan hak mereka.

YB Salehhuddin Ayub mewakili YB Dr Lo’Lo

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday 13 June 2011

DATO’ MENTERI BESAR LAWAT RAKYAT DI SEPANG


KENYATAAN AKHBAR
11 JUN  2011

DATO’  MENTERI BESAR LAWAT RAKYAT DI SEPANG

Dato' Menteri Besar Tan Sri Khalid telah meluangkan satu hari di daerah Sepang bersama rakyat sempena Progam Khas Mesra Rakyat di seluruh Selangor yang bertujuan mendekati rakyat serta memahami dan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau memulakan program di Sepang dengan Program Perhimpunan Pagi dan Dialog di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, bersama kakitangan kerajaan serta pemimpin tempatan termasuk pegawai kerajaan, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuaan Kampung (JKKK) di Sepang.

Dalam sesi dialog tersebut, Menteri Besar memberi penerangan mengenai dasar-dasar baru, terutamanya dasar yang bertujuan memudahkan sistem pentadbiran dalam isu-isu tanah.
"Di bawah Skim Pemilikan Tanah Persendirian, rakyat yang ingin memiliki tanah atau rumah secara sah kini ada pillihan untuk membayar RM 1,000 sahaja sebagai premium. Bayaran penuh premium hanya akan dikenakan sekiranaya tanah atau rumah tersebut dijual kepada pihak ketiga yang bukan ahli keluarga," kata beliau.

Turut diperkenalkan adalah sistem pentadbiran tanah yang berasaskan sistem data komputer yang akan meringankan beban pegawai kerajaan dalam penyimpanan fail-fail tanah seperti sedia ada.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menambah baik pengendalian Skim Mesra Usia Emas dengan mewujudkan satu program baru dimana baucer pembelian barangan makanan akan diberi kepada warga emas.

“Kita lakukan begini kerana warga emas walaupun gembira dengan skim khairat kematian sebanyak RM2,500, namun begitu mahu menikmatinya sewaktu masa hidup. Oleh yang demikian, kita akan lancarkan program 'Jom pergi shopping bersama ADUN'. Bagi warga emas yang menyertainya akan dibawa ke hypermarket di mana mereka akan diraikan serta diberi baucer untuk berbelanja. Syarikat besar seperti Tesco, Giant dan Econsave telah menyatakan keinginan untuk turut serta dalam program ini,” kata beliau. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM5 hingga RM 10 juta untuk menjayakan inisiatif ini.

Dato' Menteri Besar turut serta dalam dialog bersama lebih 4,000 rakyat di Dewan Orang Ramai Dengkil di mana rakyat berpeluang mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi terus kepada Menteri Besar. Dalam ucapan beliau, Dato' Menteri Besar mengulangi komitmen beliau terhadap menjunjung amanah yang diberikan oleh rakyat, iaitu untuk mereformasikan kerajaan negeri.

"Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah untuk manfaat semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama, atau kecenderungan politik," tambah beliau. Di Dengkil, Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan MES kepada peserta Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor serta menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Sebelum itu, beliau telah menunaikan solat jumaat bersama rakyat di Masjid As-Syakirin, Kg. Labu Lanjut dan seterusnya menjamu selera bersama lebih kurang 300 penduduk. Seterusnya beliau turut melawat pengusaha industri kecil dan sederhana di Kampung Sungai Buah.

Kemuncak program tersebut adalah ceramah perdana berkenaan pencapaian negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, dimana penasihat ekonomi negeri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan ucapan.

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program demi membela kebajikan rakyat terutama program pemilikan rumah serta pembinaan rumah mampu milik.

"Ini sebenarnya bukan kewajipan kerajaan negeri kerana kewangan kerajaan negeri mempunyai kekangan. Namun demikian, kerajaan negeri Selangor terpanggil untuk lakukan projek perumah mampu milik kerana kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Jadi saya ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Khalid," kata Anwar kepada lebih kurang 1,000 hadirin di ceramah tersebut.

Sepang adalah daerah ketiga yang dilawati sempena Progam Khas Mesra Rakyat selepas Klang dan Hulu Langat. Beliau dijangka melawat Hulu Selangor pada Julai depan.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tuesday 31 May 2011

Wakil Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa ( Zon Kg Pandan ) En Abu Hassan Melawat & Sampaikan Sumbangan Kepada Keluarga Mangs Kebakaran Kg India Settlement



Kg India Settlement :  Dua Buah Keluarga telah terlbat dalam kebakaran pada 29/05/2011. Wakil Parlimen Titiwangsa En Abu Hassan telah dtg melawat semasa kebakaran dan mebantu menempatkan mereka di dewan Orang ramai , semalam beliau dtg lagi untuk mengambil nama2 yg terlibat bagi meyampaikan sumbangan bagi Pihak Ahli Parlimen Titiwangsa YB Dr Lo'Lo' yg tiada dalam kawasan kerana ada urusan luar.











Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday 30 May 2011

BN MENANG, BARANG NAIK



Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas  menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai  seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Realiti Kesusahan Rakyat


@Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.
@Baru-baru ini di negeri Pahang  minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.
@ Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak  55%.  Pada  Jan 2010 harga gula hanya  RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan Januari 20 sen, Julai 25 sen dan 4 Disember 20 sen, sehingga mencecah  RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.
@ Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙ 


  Kenapa Harga Barang Naik∙   
     

@Pemimpin bukan berjiwa rakyat, tidak fikir masalah rakyat∙ Mereka hanya membela kroni dan anak pinak sahaja∙ Mereka tidak terasa keperitan kerana yang menanggung keperluan mereka ialah rakyat. 
@Rasuah meningkat, meyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga akhirnya bebanan kos rasuah ditanggung oleh pengguna (rakyat)
@Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi walaupun Malaysia negara yang subur sehingga kadar import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur∙ Nilai import makanan meningkat mendadak daripada  tahun 2005 sebanyak RM17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009. Import makanan menjadi tinggi kerana andaian lebih ekonomik tanah didirikan industri daripada memajukan pertanian.
@Unsur  untuk mengutamakan kroni melalui permit import makanan menyebabkan kos naik mendadak, akhirnya beban ditanggung oleh rakyat.
@Tidak ada keberkatan daripada Allah kerana banyak maksiat dan perkara munkar berlaku berterusan.
@ Pelabur tidak yakin kerana rasuah, menyebabkan ekonomi mengucup        

Alasan untuk Membodoh Rakyat
@ Datuk Ismail Sabri Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata rakyat digalak menanam sayur-sayuran untuk meringan beban keluarga.
@Datuk Ismail Sabri  berkata “bawang naik kerana di India banjir( Um 7/1/11)
@Datuk Ismail Sabri marah kepada peniaga kerana membuat spekulasi sehingga harga barang melambung
( UM 8/1/11)∙
@Datuk Ismail Sabri mengarahkan supaya kurangkan makan manis supaya kurangkan makan gula dan rakyat makan makanan rebus sahaja.∙
@Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga  barang.( UM 16/1/11)∙                 
@Datuk Tan Lian Hoe memberi alasan pergolakan politik dunia seperti di Libya menyebabkan harga barang naik (Bernama 27/2/11)∙
@Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata daging mahal kerana Australia (Queensland) banjir (UM 5/3/11)∙        
@Negara akan bankrap jika subsidi tidak dihentikan.
@Barang naik kerana rakyat di negara ini semakin ramai maka permintaan melebihi tawaran (UM 5/3/11) ∙        
@Pemimpin mengeluarkan slogan “Ubah Gaya Hidup Anda” untuk kempen jimat cermat ∙        
@Datuk Ismail Sabri cuba bermain wayang dengan kenyataannya "Kerajaan berusaha untuk pastikan barang tidak naik dan tidak akan hapus subsidi (Ismail Sabri, Bernama 5/3/11)

 Jawapan Kepada Pemimpin Pak Pandir ∙
@PAS bersetuju rakyat kurang makan manis, tetapi bagaimana pula rakyat yang berniaga kuih mesti cukup rasa∙        
@Memang kerajaan perlu  menaikkan harga gula, tepung, minyak masak untuk elak negara bankrap pada tahun 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.∙        
@Pemimpin negara tidak kisah kerana semua keperluan mereka rakyat tanggung.

Alasan Kerajaan  Kenapa Harga Minyak Naik∙        

@Gunakan istilah penyelarasan, bukan kenaikan supaya rakyat boleh ditipu.
@Arahkan media jangan letak perkataan "naik", tetapi gunakan perkataan "penyelarasan".
@Datuk Awang Adek  Timbalan  Menteri Kewangan berkata “supaya minyak tidak diseludup ke negara jiran"        
@Harga minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran.        
@Datuk Tan Lian Hoe, Rakyat perlu terimakasih kepada kerajaan kerana hanya menaik minyak  5 sen sahaja sepatutnya banyak lagi∙        
@Harga  minyak di peringkat antarabangsa naik maka Malaysia juga terkesan∙        
@Wang subsidi minyak akan digunakkan untuk memajukan pengangkutan awam.
@Wang subsidi yang ditarik akan membantu rakyat miskin.

Jawapan Untuk pemimpin Pak Pandir∙        
@Jangan bandingkan dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak∙ Kena banding dengan negara pengeluar minyak seperti  Brunai, Iran, Saudi, Bahrain.∙        
@Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya tinggi. 
@Jika minyak peringkat antarabangsa naik, Malaysia tentu beruntung kerana negara kita pengeluar minyak.∙         Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan daripada tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).∙         Jika kerajaan ambil RM14 bilion untuk sabsidi masih berbaki RM76.1 bilion.∙         Kenapa kerajaan boleh beri sabsidi untuk IPP sebanyak RM19 bilion setahun. Semata-mata kerana kroni. Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang.∙        
@Tidak adil wang sabsidi minyak ditarik hanya untuk memajukan perkhidmatan awam di bandar, sedangkan harga minyak di kampung sama seperti di bandar.∙        
@Perdana Menteri dan anggota kabinet Britain dan Singapura mengumumkan pemotongan gaji dan elaun mereka tapi di Malaysia, Perdana Menterinya mengumumkan pemotongan subsidi untuk rakyat.   

Bagaimana  PR Mengawal Harga Barang

InsyaAllah, jika mandat diberikan kepada PR untuk memerintah di peringkat pusat kita mampu memberi yang terbaik untuk rakyat.

@Mengambil model kerajaan Kelantan yang berjaya menguruskan negeri hampir 21 tahun walaupun mengalami kekangan kewangan tanpa terencat untuk merakyatkan ekonomi melalui program kebajikan seperti kifalah, skim al ziwaj (bantuan perkahwinan), bantuan beras secara bulanan kepada orang miskin. Sekarang negeri Kelantan termiskin nombor enam, berbanding ketika mula-mula memerintah nombor dua.
@Kedah negeri yang terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM2.3 bilion telah berjaya mencipta sejarah dengan lebihan wang RM19 juta pada tahun 2010. Jika Kedah pun mampu membuat lonjakan sudah barang pasti jika PR memerintah pusat, sudah tentu  boleh membela rakyat dengan pendapatan negara yang melimpah ruah.
@Berusaha untuk memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara, seperti laporan Ketua Audit Negara 2008 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM28 bilion, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat.
@Model pengurusan kewangan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh jika PR memerintah kerajaan pusat.
@Memerangi ketirisan dan pembaziran adalah satu cara untuk memastikan manfaat kemewahan di pulangkan kepada rakyat. PR tidak akan mengulangi pembaziran wang rakyat seperti Majlis Bandaraya  Bersejarah Melaka yang membina dua tandas awam berharga RM190,000.
@Mengoptimumkan penggunaan tanah yang subur untuk menghasilkan bahan makanan supaya wang negara tidak mengalir keluar. Lebih daripada itu ia menjadi satu keselamatan makanan tanpa bergantung kepada negara luar jika berlaku bencana di dalam negara.
@Menarik balik subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion dan diagih kepada 27 juta rakyat supaya dapat menyekat kenaikan  keperluan rakyat.

Ini adalah sebahagian daripada  jawapan untuk membuktikan bahawa BN turun, barang turun. BN naik, barang naik, banyak naik dan  binasa negara.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Wednesday 25 May 2011

BERITA Yang Tak Akan Masuk TV Dan Media Massa Perdana

T

TANAH RUNTUH ANAK YATIM:BERITA Yang Tak Akan Masuk TV Dan Media Massa Perdana

 Ahad
23.5.11

Isteri MB dan YB Dr Halimah serta muslimat PAS depan pusat Taqwa


Saya tengah bermesyuarat di Batu Caves, KL apabila mendapat berita tentang kejadian tanah runtuh yang melibat sebuah Pusat Penjagaan anak yatim AT TAQWA di BT 14 HULU LANGAT.Tidak lama selepas saya menerima sms tentang berita itu, saya menerima pesanan ringkas dari jauh iaitu daripada YAB MENTERI BESAR SELANGOR yang berada di USA.Beliau meminta YB Rodziah selaku EXCO KEBAJIKAN dan saya selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR untuk mengerakkan YAYASAN AMAL ke tempat kejadian.

Saya terus meminta YAYASAN AMAL MALAYSIA yang terkenal dengan pengalaman dalam keadaan bencana dan BRIGED AMAL SELANGOR ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kemanusiaan.

  

Belum habis mesyuarat saya bergegas pergi ke tempat kejadian.Semakin hampir saya mula perasan bahawa saya juga telah ke tempat berhampiran itu semasa kejadian PUSAT TAHFIZ HAYAATUL ULOOM terbakar hingga mengorban satu nyawa Ramadhan yang lepas..

Saya bertemu dengan YB Rodziah di LEMBAH AZWEN yang menempatkan 20 orang anak yatim yang tidak terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak berada dalam khemah yang ditimpa tanah runtuh.

Rata-rata wajah mereka menggambarkan kepiluan dan trauma.

Saya sempat berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang sama tidak ceria.Tidak kurang ada keluarga yang berdebar berlinang air mata kerana anak mereka belum dijumpai.Entah hidup entah tidak.

 Kemudian saya terus berjalan kaki daripada LEMBAH AZWEN RESORT hingga ke tempat kejadian.Air hujan menyebabkan tanah kuning yang becak,licin dan berlopak.
Saya bertemu dengan ahli UNIT AMAL dan BRIGED AMAL yang telah bermula daripada awal membantu pasukan penyelamat mencari mangsa. 





YB DR HALIMAH berbincang dengan SUK SELANGOR,YDP MPKJ,PENGARAH JKR SELANGOR







 Saya melihat tempat tanah runtuh di belakang bangunan PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA.Kelihatan pasukan penyelamat mengorek tanah yang menimbus khemah dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena mangsa yang akan cedera sekiranya terkena alat penyodok dan cangkul.


Anjing-anjing membantu mengesan mangsa.Ada yang tersepit kaki dan perlu dipotong. Ada tersepit tangan. Mangsa yang ditemui dihantar ke satu lokasi yang berdekatan dengan ambulans.Yang disah meningal diminta waris mengesan.Yang masih hidup dirawat dan dihantar segera ke hospital.


Ramai orang berpusu-pusu ke tempat kejadian walaupun hari hujan dan jalan agak gelap..Saya terlihat di surau pelbagai ukiran ayat al Quran yang menyejukkan mata serta mengingatkan saya kuasa Ilahi.


Pasukan bomba bergegas membawa chain saw.Ada mangsa yang mereka temui dan sukar dikeluarkan....



DYMM SULTAN SELANGOR diberi taklimat



YB Dr Halimah bertanya dengan Ketua pasukan Perubatan HOSPITAL AMPANG



 Banyak pengajaran bagi semua pihak dalam tragedi ini.Ia mengajar manusia merancang dengan baik.Ia juga mengajar kita supaya meneiliti ciptaan Allah seperti bukit dan gunung dan apakah tujuan ia dijadikan.

   Ia mengingatkan kita supaya peka kepada alam sekitar kerana ia bersangkut paut dengan kesejahteraan hidup kita.

Ia latihan kesabaran.Ia menerangkan hakikat satu kehidupan dan satu kematian.

Kerajaan negeri menyumbang RM1000 kepada mangsa yang selamat dan Lembaga Zakat Selangor memberi sumbangan khas kepada semua dan RM100000 kepada PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM AT TAQWA. 

Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang telah mencurah khidmat dalam usaha menyelamat dan rakyat yan


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Wednesday 11 May 2011

Titah DYMM Sultan Kelantan: @RM_UPDATES: "Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan http://nblo.gs/hHsV4

MasyaAllah.Inilah contoh Raja yg betul2 berjiwa rakyat dari dunia sampai akhirat.Allahuakbar!: RT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'