Tuesday 31 July 2007

PAKEJ SIHAT MERDEKA PAKEJ BERSALIN MERDEKA Sehubungan dengan perkara diatas sukacita dimaklumkan tentang pakej-pakej tersebut yang telah pun bermula dan akan berakhir hujung Tahun 2007. Pakej-pakej ini adalah merupakan sumbangan PPK sempena Merdeka 50 dalam melahirkan masyarakat yang sihat melalui tawaran mampu-biaya kepada segolongan besar masyarakat setempat. Pihak PPK bersedia untuk pergi ke pejabat, sekolah, surau atau masjid atau mana-mana premis yang dikira munasabah dan ada kemudahan yang sesuai pada masa-masa yang ditetapkan untuk melaksanakan Pakej Sihat Merdeka sekiranya ada tempahan untuk 10 orang atau lebih. Nama-nama dan nombor talipon mereka yang tersebut hendaklah disenaraikan terlebih dahulu kepada pihak PPK. Ibu-ibu mengandung yang membuat tempahan untuk Pakej Bersalin Merdeka iaitu bagi ibu-ibu yang dijangka bersalin Tahun 2007 ini dikehendaki untuk melakukan pemeriksaan antenatal sekurang-kurangnya 3 kali di PPK. Pakej ini khusus untuk ibu-ibu yang mengandung anak ke 2 hingga ke 5, proses kelahiran dan pra kelahiran tanpa komplikasi dan bersalin secara normal. Proses kelahiran akan dikendalikan oleh Doktor dengan bantuan Jururawat atau Bidan Terlatih. Bayaran penuh RM 998 perlu dibayar apabila ibu cukup 9 bulan atau 36 minggu. Sila pastikan resit disimpan untuk semakan masa masuk wad. Ibu-ibu yang dijangka bersalin pada Tahun 2008 juga layak untuk pakej ini jika melakukan semua pemeriksaan antenatalnya di PPK dan membuat bayaran penuh sebelum berakhir 2007. Bersama-sama ini disertakan lampiran keterangan lanjut pakej-pakej tersebut. Sila hubungi kakitangan PPK untuk temu janji dan tempahan di 03 41068466 / 7 / 8. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali Pengarah Eksekutif

No comments: