Tuesday 27 November 2007

SUNAT DENGAN KAEDAH SUNATHRONE DI PUSAT PERUBATAAN KOHILAL
26 & 27 NOV 2007



Alhamdulillah, sejak dua hari yg lalu PPK telah menjalankan prosedur SUNAT atau KHITAN keatas 12 orang kanak-kanak lelaki berumur antara 8 - 11 tahun. Kami meneruskan amalan seperti tahun-tahun lepas dimana prosedur khitan di ppk ada dua pilihan iaitu secara konvensyenal atau ikut kaedah sunathrone.



Kaedah konvensional dijalankan oleh Dr Rainey dan kaedah sunathrone dijalankan oleh sayaa sendiri. Semalam saya dibantu oleh suami saya Prof Madya Dr Aminuddin, Doktor Zuraimi yg baru sahaja lulus dari FPUKM dan Puan Rusliza selaku Jururawat pembantu.



Kaedah Sunathrone diasaskan oleh Dr Tasron sejak beberapa tahun yang lalu. Saya dan suami saya serta beberapa orang doktor telah mengikut HOT atau 'Hands on Training' beberapa kali dan telah mendapat Sijil Pengiktirafan sebagai Pengamal Sunathrone. Kaedahnya unik dan menarik kerana kurang sakit, kurang darah semasa prosedur, budak yg disunat boleh terus pakai seluar dan boleh aktif.Alat yang dipasang akan melindungi dari kesilapan Doktor yg menjalan sunat tersebut kerana 'kepala penis' dilindungi semasa pemotongan kulit (foreskin)



Budak lelaki yang sangat berani. Tidak menjerit ataau meronta. Semasa disuntik ubat bius setempat ataau ubat kebas dia berzikir. Selepas itu sepanjang prosedur dia tenang sahaja. Sebaik habis dia terus pakai seluar 'track bottom'.



Ramai yg bagi sokongan. Ayah, ibu, Atuk dan nenek serta adik beradik.



Kami anak PPK. Kami lahir disini dan di khitankan disni juga. Moga-moga jadi anak yang soleh dan solehah.

Pada hari ini saya dibantu oleh Puan Rusliza dan Dr siti Junaidaah. Terimakasih pada semua yang membantu. Terimakasih juga kepada Dr Tasron yang sangat inovatif dan bersemangat.Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anaknya bersunat, sila hubungi staf PPK 03 41068466 / 7 / 8 . email ppksb@bluehyppo.com . Website : http://ppksb.enetmyne.com . Blog Dr Lo'lo' http://docpearl.blogspot.com

No comments: