Thursday 15 May 2008

Biaya Malaysian Philharmonic Orchestra RM3.5 juta sebulan! Ekoran dari berbagai krisis melibatkan ekonomi samada berpunca dari masalah domestik mahupan yang global, kerajaan menyeru agar kita berjimat-cermat. Ada yang menyarankan agar majlis-majlis kerajaan turut disederhanakan agar menjimatkan wang rakyat. Namun sejauh mana kesungguhan usaha ini, masih menjadi tanda-tanya. Dalam pada itu di Parlimen semalan wakil Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendedahkan bahawa Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas. Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)! Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari 1% rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada? Jika benar dalam susasan ekonomi dunia yang tidak menentu ini kita diminta berjimat-cermat maka penjimatan yang paling uatama disaat ini bagi saya adalah untuk mengahpuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini. Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini! dari Roslan sms

1 comment:

ketam said...

Assalamualaikum,

Sila beritahu saya yang kurang berpengetahuan ini bagaimana gaji minima RM1,200 dapat menolong rakyat jika semua pelabur asing lari ke negara China kerana beranggapan bahawa kos ini adalah tinggi? dan juga sila bantu saya dengan menerangkan bagaimana ini dapat membantu org2 islam dalam mendapatkan pekerjaan dalam syarikat bukan islam? dan bagaimana PAS dapat membantu rakyat yang miskin ini dalam mendapatkan pekerjaan?

wassalam