Thursday 15 May 2008

JAKARTA 2008

Dengan prinsip “ Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan” dan juga kerana janji yang telah dibuat dengan anak yang berada di perantauan pada 15,16&17/4 yg lalu saya, suami tercinta dan anak bongsu telah terbang keJakarta Indonesia untuk bertemu dengan anak yang ketiga yang belajar di Fakulti Perubatan Universiti Hassanuddin, Makassar, Sulawesi Selatan. Kami bertemu di Jakarta dan menginap bersama di Hotel Sufyan, Chikini, Jakarta.

Antara tempat menarik yang telah kami lawati ialah Taman Safari, Punchak Bandung. Setelah menikmati pengembaraan di Safari ini menggunakan kereta dan pemandu yg dsewa kami sepakat mengatakan Idea Safari ini sangat menarik dan sepatutnya diadakan di Malaysia.

Gambar yang tertera adalah Gambar ’real’ kami dengan harimau ’albino’ yg berumur 1 tahun. Walau pun ’baby’ tetapi sudah cukup besar dan menggerunkan. Namun begitu kami berjaya memeberanikan diri untuk bergambar.

Babah, Mama, Farhan dan Sakinah bersama baby Harimau Albino

No comments: