Tuesday 13 May 2008

Wakil rakyat ditegur merokok di Parlimen

KUALA LUMPUR 12 Mei - Sikap segelintir wakil rakyat yang suka merokok secara terbuka dalam bangunan Parlimen terutama di kafetaria ditegur kerana memberi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) berkata, beliau melihat ahli-ahli Parlimen sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang bebas merokok di kafetaria yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Menurut beliau, di bawah Peraturan 11 (1) (H) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 2004 jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun yang boleh merokok dalam mana-mana premis kerajaan.

''Saya berharap ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak supaya tidak merokok secara terbuka di kafetaria sebaliknya berbuat demikian di kawasan yang dibenarkan oleh Parlimen.

''Sebagai wakil rakyat kita harus menjadi contoh kepada orang lain terutamanya generasi muda di samping dapat menyelamatkan mereka yang tidak merokok," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Lo' Lo', terdapat kira-kira 4,000 bahan kimia dalam sebatang rokok dan jelas ia boleh menyebabkan seseorang perokok itu mendapat penyakit bahaya.

"Pakar-pakar perubatan dari United Kingdom (UK) turut mendapati rokok mengandungi dadah yang boleh membahayakan kesihatan seseorang perokok itu," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini terdapat hampir 4.6 juta perokok di negara ini yang membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari untuk membeli rokok.

''Ini bermakna kira-kira RM90 juta dibelanjakan untuk tempoh satu bulan bertujuan membeli rokok sahaja, sedangkan banyak lagi perkara boleh dilakukan seperti menyalurkan wang berkenaan bagi membantu rakyat miskin terutama di negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

Lo’ Lo’ blows her top over MPs smoking in Parliament

A WOMAN MP slammed both backbenchers and Opposition members for smoking in the Parliament building.

Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (PAS – Titiwangsa) took everyone by surprise when she stood up to debate the motion of thanks on the royal address to say that she had a huge “culture shock” when the new Parliament session began.

“All the MPs are smoking freely within the premises despite a smoking area being specially prepared for them and this has caused non-smokers to be exposed to smoke containing all kinds of toxins and carcinogenic agents.

“I am talking about both the backbenchers and the Opposition. Under the current government regulations, all government premises are to be smoke-free,” she pointed out, adding that as MPs, they were supposed to be role models.

“This is particularly so when some 50 to 60 teenagers become smokers daily. Malaysians spend an average of RM3mil daily buying cigarettes alone,” said Dr Lo’ Lo’.

Health Ministry officials had previously attempted to enforce the guidelines forbidding smoking within the premises and had even told off some reporters before.

Dr Lo’ Lo’ said the Government should treat nicotine as the country's enemy, and not just drugs.

No comments: