Wednesday 11 June 2008

SEHARI BERSAMA RAKYAT YB DR LO’ LO’ MENZIARAHI IBU/BAPA TAHANAN 6 TAHUN ISA. JUMAAT 6 JUNE 2008. 1.Di kawasan Parlimen Titiwangsa, dimana YB Dr Lo’lo’ adalah merupakan wakil rakyat yang dipilih pada Pilihanraya Umum Ke 12, Mac lalu, ada dua keluarga yang diselubungi duka kerana anak kesayangan mereka, ditahan dibawah ISA. Dua keluarga yang dimaksudkan ialah keluarga tahanan ISA Suhaimi Mokhtar dan Mat Sah Bin Mohammad Satray. 2. Mat Sah Bin Mohammad Satray adalah anak ke 7 dari 12 adik beradik. Bapanya Hj Mohammad Satray Bin Akri dan ibunya Hajjah Saodah bt Abdul tinggal di Lorong Cantik, Kampung Pandan. 3. Mat Sah telah ditahan dibawah ISA pada 17 April 2002.Maknanya, pada 2008 ini, beliau telah ditahan lebih 6 tahun.Selama 6 tahun Mat Sah ditahan, dia tidak pernah dibicarakan atau didakwa dimana-mana mahkamah. Selama 6 tahun, Menteri dalam Negeri tidak dapat mengeluarkan bukti untuk mendakwa beliau,namun Mat sah masih terus menerus ditahan di Kem Kamunting. 4. Suhaimi Bin Mokhtar adalah anak bongsu dari 5 orang adik beradik.. Bapanya Hj Mokhtar Bin Hashim dan ibunya, Hajjah Majinah Ngadimin yang tinggal di Kampung Desa Pahlawan, di Kampung Pandan. 5. Suhaimi telah ditahan dibawah ISA pada 29 Disember 2001. Pada tahun 2008 ini, beliau telah ditahan lebih dari 6 tahun.Penahanan beliau telah pun dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri dua tahun berikutnya pada tahun ke tujuh dan ke lapan.Walaupun telah ditahan memasuki tahun ke 7, beliau tidak pernah dibicarakan di mahkamah. Selama lebih 6 tahun beliau dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang dikatakan mengancam keselamatan Negara, namun, tiada sebarang bukti yang dapat di keluarkan oleh Menteri Dalam Negeri untuk mendakwa beliau di mahkamah. 6 Dalam hal ini, sebenarnya orang yang menjadi mangsa akta zalim ISA ini adalah keluarga kepada tahanan tersebut. Kedua-dua ibu mangsa telah tua dan berusia. Kedua-dua mereka bukan sahaja telah berusia, kini kedua-dua menderita sakit pula. 7. Puan Saodah, ibu kepada Mat Sah, menderita kerana menghidap penyakit kencing manis yang serius. Manakala Puan Majinah, ibu kepada Suhaimi pula menderita penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan beliau mendapatkan suntikan dan mencuci darah setiap hari di hospital. Kedua-dua ibu tua ini sentiasa mengharapkan anak-anak mereka segera dibebaskan, supaya mereka dapat selalu berjumpa dan melepas rindu. Tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa penderitaan mereka adalah kesan dari perpisahan yang terlalu lama dengan anak masing-masing. Mereka berdua adalah ibu yang mengandung,melahirkan dan membela sejak kecil, hinggalah dewasa.Sebagai ibu, mereka membela anak masing-masing dengan penuh kasih sayang. Tiada siapa menduga, tiba-tiba ada akta zalim yang begitu kejam memisahkan hubungan kasih-sayang bertahun-tahun lamanya, tanpa sebarang kesalahan yang diputuskan oleh mana-mana hakim di mana-mana mahkamah di Malaysia ini. 8. Ingin dinyatakan, semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, mengutuk keras penahanan tanpa bicara ini. Suara rakyat Malaysia, melalui gabungan NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia supaya membebaskan semua tahanan ISA ini dengan segera. 9. Kini, GMI sedang mengadakan Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA dengan menggunakan pelbagai cara supaya orang ramai dapat menunjukkan sokongan supaya tahanan segera dibebaskan.Antaranya ialah Kempen menandatangani surat, kempen menandatangi Poskad , petisyen –On-line , bertemu semua ADUN dan Ahli Parlimen ,bertemu Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat , mengadakan forum, perhimpunan Vigil dan perhimpunan rakyat di Stadium Malawati. Sebahagian kempen itu, mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia. 10. Sebagai Wakil Rakyat kawasan Titiwangsa, segala usaha dan tindakan GMI untuk membebaskan tahanan yang 6 tahun ini, memang sentiasa diberikan sokongan . Pada masa yang sama, saya ingin menggesa supaya Menteri Dalam Negeri segera membebaskan semua tahanan itu,supaya dapat menggembirakan ibu mereka yang sedang menderita. Bebaskanlah mereka supaya ibu-ibu mereka dapat merasai belaian mesra dari anak yang amat mereka rindui. Mansuhkan ISA. Bebaskan Tahanan. Tutup Kem Kamunting.

Ziarah ke rumah ibu bapa mangsa kekejaman ISA

3 comments:

Unknown said...

assalammualikum yb dr.

saya mohd zaki ingin mengutarakan agar isu bayaran parking yang baru-baru ini dikenakan oleh pihak DBKL dapat di bawa/di debatkan diparlimen.
kenapa ketika rakyat dibebankan dgn harga minyak naik,bayaran parking pula diadakan dgn caj yg bertambah ( dr 60 sen kpd 80 sen per jam)
apa relevannya caj parking ini...adakah kereta kita dijamin tidak dicuri,dipecahkan dan tiada calar balar...
mohon agar yb dr dapat mempertimbangkan suara rakyat ini.
terima kasih.

Rich Girl said...

Syabas Dr dgn penubuhan tabung ini...semoge usaha murni ini kekal berpanjangan....

Wan Ibrahim said...

salam...

syabas atas kemenangan YB pada pilihanraya kali ini. saya ingin memberi sedikit maklumbalas disini.

utk pengetahuan YB, saya tinggal di Flet keramat jaya BLOK E iaitu dalam parlimen titiwangsa.

saya ingin mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk.

1) baru-baru ini. semua pemilik motosikal yang tinggal di flet keramat jaya Blok E telah disaman oleh DBKL atas alasan parking di tempat yang sepatutnya. saya rasa agak hairan kerana selama 25 tahun kami tinggal disini, tiada masalah timbul apabila kami parking di dlm flet. ini satu bentuk penganiayaan tehadap penduduk. kami tidak diberi tempat letak motosikal yang sepatutnya kerana tempat yang sedia ada telah diubahsuai menjadi dewan utk penduduk. saya minta perhatian kepada YB kerana saman yang dikenakan bernilai Rm100 yang menyebabkan kemarahan penduduk. mohon YB bantu kami.

2) saya mewakili penduduk, minta YB utk menyelesaikan satu penipuan yang dilakukan oleh DBKL. mengikut perjanjian asal yang dimetrai, rumah kos rendah yang diduduki kami adalah perjanjian sewa-beli. apa yang mengecewakan, kami masih lagi perlu membayar sewa walaupun tinggal disini lebih dari 20 tahun melebihi kadar masa perjanjian yang dipersetujui. ramai diantara penduduk yang merasakan tidak perlu 'fight' dalam kes ini kerana seperti " tiada harapan utk menang". saya harap dengan bantuan YB dapat membantu penduduk dapatkan hak mereka. saya bersedia utk bekerjasama dgn YB pada bila-bila masa.

utk keterangan hubungi 019 2377892

salam perjuangan,

wasalam