Wednesday 24 September 2008

IFTAR & SUMBANGAN DI SURAU JAWA KG BARU.
23 Ramadhan 1429H
petang selasa semalam YB bersama kakitangan pejabat dan juga beberapa orang kawasan untuk berbuka puasa bersama di Surau Rajaiyyah Kg. Baru, atau lebih dikenali Surau Jawa...sepanjang bulan ramadhan ini saya selaku pembantu YB telah menyusun setiap hari YB akan mengadakan program berbuka puasa dan juga bertarawih disetiap surau dan masjid di parlimen Titiwangsa ini. dalam majlis tersebut YB memberi ucapan serta sedikit sumbangan hari raya untuk ibu-ibu tunggal dan juga anak-anak yatim dengan kerjasama YBT dan jawatankuasa Surau tersebut...Alhamdulillah kehadiran kami disambut dengan baik. Dari ucapan pengerusi surau tersebut; katanya ini merupakan pertama kali surau tersebut dikunjungi oleh YB Ahli Parlimen. katanya lagi selama ini belum ada YB yang pernah datang. sebenarnya YB Dr. Lo'lo' sudah beberapa kali datang ke surau tersebut sebelum dan setelah beliau menjadi YB...

YB memberi ucapan aluan...

YB memberi sedikit sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang uzur dan takmampu berjalan dan juga merupakan warga emas . YB menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim... YB memberi sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sumbangan kepada OKU penglihatan yang kebanyakan mereka tinggal di Blok D Flat Kg Padang, berhampiran Surau Jawa ini. sumbangan kepada salah seorang muallaf . Sebenanya ramai Mu'allaf yg tidak mendapat pembelaan. Namun YB hanya mampu membantu beberapa orang sahaja kerana tidak cukup peruntukan.
gambar kenangan bersama jawatankuasa Surau Rajaiyyah dan AJK Yayasan Bumiputra Titiwangsa.
bersama anak-anak yatim, turut serta pengerusi surau, En. Yusuf, Pn. Fauziah...
sebahagian ibu-ibu tunggal bergambar kenangan bersama YB...
dikirim oleh Faezah p/a YB

No comments: