Thursday 30 October 2008

Gambar Sekitar Selepas Kebakaran di Kg. Sg. Penchala Pada Khamis malam Jumaat 23 Syawal telah berlaku satu kebakaran besar di Kg Sg Penchala iaitu perkampungan orang2 Arqam satu masa dulu yang menyebabkan 2 orang kanak2 4 dan 6 tahun telah maut. 9 keluarga telah kehilangan rumah dan paling sedih apabila 60 orang anak2 yatim miskin telah kehilangan tempat tinggal mereka. Saya selaku Pengerusi LKKPP telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Alhamdulillah dengan usaha bersungguh2 dari Puan St Aishah AJK Lajnah Kebajikan& Kemasyarakatan PAS Pusat mangsa2 kebakaran telah dibantu dengan mendapat voucher percuma sebanyak rm100 seorang dari pihak Mydin Super Store utk membeli barangan asas keperluan mereka. Sehari suntuk malah sampai ke malam Puan Aishah menguruskan mereka. Malah saya dimaklumkan Dato Ameer Ali Mydin sendiri turun ke Hyper Market Mydin USJ memilih barang2 keperluan. Saya sendiri telah turun ke USJ pada malam tersebut untuk membantu Puan Aishah dan melihat sendiri suasana di Mydin.
PAS kawasan Segambut yang diwakili En Afifi dan juga beberapa orang muslimat Kelana Jaya juga turut sama membantu.Alhamdulillah seramai 75 orang mangsa telah dibantu untuk mendapatkan keperluan asas Saya juga berbesar hati

No comments: