Tuesday 28 October 2008

Kelab Penyokong PAS Desa Rejang (kaum Cina/Budha) anjurkan 'sembahyang utk kesejahteraan Negara' Saya telah dijemput sama selaku wakil rakyat kpd sebahagian penghuni PPR Desa Rejang. Lebih kurang 500-600 orang telah hadir makan malam tersebut. Dlm majlis tersebut saya telah memberi ucapan. Antara perkara yg saya sentuh adalah berkenaan dengan toleransi antara kaum dan agama . Pada malam tersebut berlaku insiden yg memang tidak sepatutnya berlaku, dimana seseorang dari Blok M dimana diadakan majlis tersebut, telang mencampakkan satu bungkus sampah keatas bumbung khemah sehingga salah satu zink tembus/jatuh dan sampah yg sangat busuk itu terjatuh atas salah seorang pengunjung. Ini menyebabkan pengunjung tersebut luka dikepalanya dan bajunya dicemari dengan sampah yg busuk. Saya terpaksa menyabarkan mereka dan menyebut bahawa jika pada malam ini kita bertindak agresif sudah pasti boleh tercetus perkara yang lebih buruk, yang akan merugikan kita semua.Cina rugi, Melayu rugi India pun rugi. Jadi kita kena bersabar ,tambahan pula kita tidak tahu siapa yang baling sampah tersebut. Saya juga mohon supaya PA sistem diturunkan suaranya, majlis ditamatkan sebelum tengah malam supaya tidak mengganggu sangat penghuni2 berhampiran. Saya menyebut juga tentang kita semua berasal dari satu nenek dan satu datuk iaitu Adam dan Hawa. Jadi kita semua sepupu-sepapat, mungkin sepupu ke 2000 atau ke 30,000, Allah juga yang tahu. Dibawah ni gambar saya dimeja khas menunggu makanan yang di tempah dari Katerer Muslim. Ah Keong Pengerusi Kelab Penyokong PAS Desa Rejang begitu prihatin dengan menyediakan makanan halal untuk kami. "Wahai manusia, Aku jadikan kamu dari satu Lelaki dan Wanita, Aku jadikan kamu berpuak2 dan berkaum2 supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah yang berTaqwa" Al Hujurat ayat 10 Pengunjung yang cedera. Saya nasihatkan dia untuk dapatkan rawatan dan buat lapuran Polis. Pengunjung2 yang hadir dikatakan membeli meja RM350/meja. Table are fully booked. Pada malam tersebut saya terlupa bawa sarung tangan, dengan itu saya memberitahu secara umum bahawa saya tidak bersalam dengan pengunjung lelaki. Nampaknya mereka memahami dan menghormati pendirian saya. Alhamdulillah....

No comments: