Tuesday 28 October 2008

MAJLIS TAUTAN SILATURRAHIM JAWI DI MASJID ARRAHIMAH
Sedang memberi ucapan aluan. Antara intipati ucapan adalah meminta supaya pentarbiyahan Ramadhan diterjemahkan dengan terus memakmurkan Masjid2 dan Surau2 dengan bersolat jemaah dan menghidupkan Majlis2 Ilmu. Sehingga kini saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa atau wakil rakyat yang sah belum lagi mendapat pengiktirafan yg sewajarnya dari pihak berwajib khususnya JAWI/MAIWP. Setiap majlis JAWI di TW, yang merasmikan adalah samada Pengarah JAWI atau Timbalan2nya. Namun saya mengakui bahawa mereka tetap menjemput saya. Mungkin ada tekanan dari pihak2 tertentu yang tidak dapat menerima perubahan dimana PR menerajui 10 dari 13 kawasan parlimen WP. Bersama Ustazah Saemah Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Antara Muslimat ahli Qariah Masjid Ar Rahimah yang hadir. Dr Lo'lo'

No comments: