Tuesday 28 October 2008

HARI TERBUKA PARLIMEN LEMBAH PANTAI ANJURAN YB NURUL IZZAH
Suami saya juga turut mengiringi kerana sebelum itu kami telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak sahabat kami di Damansara. Kelihatan Derek Fernandez sedang menyatakan ketegasannya tentang Draf KL 2020 yang menyalahi Pelan Fizikal Negara. Saya disambut YB Nurul Izzah bersama suaminya En Shahril. Kelihatan juga bekas reformis yang masih istiqomah dengan PAS dan PKR. Namun begitu Roslan menyatakan sudah agak letih dan mahu berehat untuk tumpu perhatian kepada keluarga dan perniagaan. Saya jawab, inilah alasan2 yang biasa saya dengar dari aktivis2 dan pimpinan PAS yang sebelumnya begitu aktif, namun setelah itu terus hilang dan tidak nampak bayang lagi atau bahasa harakinya terus Futur!

No comments: