Thursday 18 December 2008

KERATAN AKHBAR (Harakah)
Harakah; 15-18 Dis 2008/ 17-20 Zulhijjah 1429H
"TENTERA MERAH" BANTU MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH
gambar: Anggota Unit Amal Malaysia berkampung di kawasan bencana bersama pasukan keselamatan dan sukarela membantu penduduk yang menjadi mangsa tanah runtuh
Kuala Lumpur: Sebut saja "Tentera Merah" sesetengah orang akan teringat banjir besar melanda Johor tidak lama dulu. Dari sinilah bermulanya Tentera Merah (Unit Amal Malaysia) dikenali di seluruh Negara.
Khidmat bakti pasukan uniform di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Pusat ini terus terserlah tanpa mereka menuntut bayaran dan publisiti.
Tragedi runtuhan tanah di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu yang meranapkan  14 banglo mankala 4 orang terkorban, sekali lagi mencabar kesungguhan dan keikhlasan anggota Unit Amal.
YB Dr. Lo'lo' hadir sama-sama memberi misi bantuan kepada mereka, pada 11 Disember YB Dr. membahagikan makanan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh
gambar: Petugas Unit Amal PAS berkorban cuti Aidiladha mereka apabila bergegas ke Bukit Antarabangsa, walaupun kebanyakan mereka sudah berada di kampung masing-masing ketika kejadian.
disediakan oleh: Cik Faezah

No comments: