Thursday 18 December 2008

KERATAN AKHBAR (Harakah)
Laporan PARLIMEN
Oleh: Nyza Ayob, Intan Abdullah & Irwan Muhamad Zin
Tajuddin perlekeh pelajar IPT MALAS
Kuala Lumpur: Setelah memaki hamun dengan perkataan "bastar" dan bercakap dalam cara yang didakwa lucah, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa para pelajar, terutamanya di Institut Pengajian Tinggi, malas belajar pula.
Ketika membahas Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti 2008di Dewan Rakyat Khamis lalu, beliau mendakwa, para pelajar terutamanya di Institut Pengajian Tinggikini lemah minda bukan kerana berpolitik tetapi kerana malas belajar.
Para pelajar di Universiti, katanya, bukan sahaja tidak membaca buku dan hanya bergantung kepada nota dari pensyarah, malah malas untuk membuat rujukan dan malas pula membaca buku dalam bahasa Inggeris.
Ketika meminta penjelasan Tajuddin, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo'lo' binti Dato' Hj. Mohd Ghazali berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Tajuddin yang menyatakan pelajar malas seolah-olah merendahkan taraf mereka dan sama ada pelajar di luar negara lebih tinggi tarafnya sehinggakan mereka boleh menyertai Kelab UMNO.
Tajuddin berkata, beliau sebagai orang tua hanya memberi nasihat dan sekiranya masyarakat pelajar perlu ditegur mereka perlu ditegur dan bukan mmepunyai niat tidak baik.
"Ramai yang saya temuduga, walaupun dengan memiliki ijazah sarjana mereka kurang pengetahuan am kerana mereka kurang membaca. perkara yang perlu diperbaiki perlu diperbaiki," katanya.
Sebelum ini, setelah beberapa kali gagal mendapat laluan untuk bercakap dari Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa, Tajuddin berkata:
"Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah... Oh, tak masuk lagi?... Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.. Bila nak keluar lagi air dia?"
Kata-kata Tahuddin itu dikecam Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mahu Parlimen menggantung Tajuddin kerana melempar kata-kata lucah di Dewan Rakyat.
Sebelum peristiwa memalukan itu, Tajuddin memaki hamun di dalam Dewan Rakyat.
Beliau menggunakan perkataan "This is bastard. He is bastard" (Ini anak haram. Dia anak haram) dan "You are bloody bastard!" di dalam Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

No comments: