Thursday 18 December 2008

MISI BANTUAN BUKIT ANTARABANGSA
Peristiwa Tanah Runtuh di Bukit Antara Bangsa pada subuh 6 Dis memang telah diketahui semua. Saya agak lambat mengetahui berita ini kerana pada masa itu berada di rumah mertua di Alor Setar Kedah bersama suami dan anak kerana menziarahi ibu mertua yang agak uzur. Kebetulan saya dan suami tidak membuka TV atau mengakses sms (sistem pesanan ringkas) dalam talipon bimbit. Selepas tengahari barulah saya mendengar berita. Saya hanya sampai ke KL hampir tengah malam tersebut. Esoknya pagi-pagi lagi saya telah pergi ke Bukit Antara Bangsa dan diberi laluan oleh polis yang menjaga untuk masuk ke kawasan operasi.
Disana saya berjumpa dengan aktivis Parlimen Titiwangsa saudara Shahrul yang telah berada disana sebaik sahaja berlaku tanah runtuh tersebut dan beliau masih belum tidor kerana membantu mangsa yang terperangkap. Saya telah pergi bersama2 Shahrul dan anggota PGA dengan menaiki Trak PGA ke Puncak Attenium dimana jalan pintas merentasi bukit telah dibuat oleh pasukan penyelamat. Shahrul memberitahu tali yang digunakan untuk turun naik bukit telah disumbangkan oleh tuan punya Restoran Hui yang baru dibuka.
Di situ saya dapati sebuah khemah gerak kerja PAS dan PKR telah didirikan. Pada masa yang sama terdapat juga khemah Mercy. Saya dan sukarelawan yang lain telah membantu mangsa-mangsa yang terperangkap mendaki bukit untuk keluar. Mereka ini terdiri dari keluarga, warga emas, wanita, anak-anak dan juga binatang peliharaan. Sebaik sampai mereka diberi air botol minuman dan makanan yang disediakan JKM dan pihak-pihak lain yang bermurah hati.
Seorang remaja rakyat luar negara yang mendiami Kondo Impian Selatan bersama keluarganya dibantu untuk mendaki bukit iaitu satu-satunya laluan untuk keluar dari kawasan yang tersekat kerana tanah runtuh. Akhirnya saya ambil keputusan untuk menuruni bukit tersebut sebab dimaklumkan ada ibu mengandung yang terperangkap begitu juga pesakit kencing manis & darah tinggi serta pesakit cancer. Saya berjalan kaki Kyoo Garden dan seterusnya ke Bukit Utama Distributing Centre yang ditubuhkan oleh para penduduk Bukit Jaya, Bukit Utama, Kyoto Garden dan Oak Leaf. Disitu jugalah terletaknya HeliPad di tengah-tengah padang kawasan perumahan Bukit Utama. Sepanjang jalan menuju ke situlah saya berjumpa dengan ibu2-ibu yang mendukung anak-anak kecil dan ibu mengandung. 
Saya berjalan menjauhi helikopter setelah menghantar seorang ibu yang mengandung lapan bulan setengah dan seorang ibu yang masih dalam pantang dengan bayi berumur 1-2bulan.
Ibu yang mengandung terpaksa turun dari tingkat 11 Apatmen Kyoto Garden kerana kumpulan saya dan sukarelawan Mercy terlambat 10 minit untuk membawanya turun dengan stretcher. Ibu yang tabah ini memberanikan turun perlahan-perlahan dengan dipimpin suaminya kerana takut untuk terus tinggal di atas tingkat 11 tambahan pula tiada bekalan air dan letrik. Kebetulan pula ibu ini adalah pesakit saya di Pusat Perubatan KOHILAL Taman Melawati. Malah saya ditunjukkan anak keduanya yang saya telah sambut kelahirannya.
Dalam trip kedua saya telah membawa turun 2 orang bayi yang berumur antara 3-5bulan bersama ibu-ibu mereka dan seorang nenek yang membawa cucunya. Ibu bayi ini adalah seorang pelakon yang agak terkenal sebelum ini iaitu Rima Rashidi.
Alhamdulillah pihak Polis telah menyediakan helikopter untk mengangkut ibu-ibu mengandung, bayi-bayi, pesakit dan orang tua.
Bersama-sama YAB Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali ADUN Bukit Antara Bangsa, dan lain-lain exco Selangor menuju ke Jalan alternativ yang sedang dibina. Sebelum itu MB & Exco telah menerima taklimat dari semua agensi yang terlibat serta wakil-wakil penduduk yang terperangkap dan mereka yang terlibat secara langsung dengan tanah runtuh.
Trak besar tentera sedang digunakan untuk meratakan tanah untuk dibuat jalan alternativ. Laluan ini adalah merupakan kawasan salah seorang penghuni Jalan Bukit Mewah yang telah bermurah hati mengizinkan kawasan rumahnya untuk ditukar jadi jalan alternativ
Menunggu jalan disiapkan. Kelihatan YB Teresa dan YB Nik Nazmi Dihadapan runtuhan....Kecil jika dibandingkan dengan Tsunami dan Gempa bumi di Pakistan. 'Merasmikan' Jalan Alternativ yang menggunakan fibre-mat. Syabas kepada anggota tentera yang berjaya menyediakan alan alternativ dalam masa yang singkat.

No comments: