Monday 22 December 2008

SUDAH BESAR...
20 Disember 2008
Pagi Sabtu baru-baru nie YB dijemput untuk merasmikan Program Khatan kanak-kanak lelaki di Pangsapuri Bukit Baru, anjuran Biro Belia Persatuan Penduduk tersebut... Sebenarnya program tersebut bermula semalam lagi (19 Dis 2008). Malam tue program bermula dengan majlis tadarus Al-Quran dipimpin oleh Puan Hajar, Lajnah Tarbiah Muslimat Titiwangsa... dan seterusnya ada qiamullail dan adik-adik serta ibu bapa dibimbing oleh abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator dari UIA...ada tazkirah subuh yang dibimbing oleh seorang Ustaz...Sebenarnya YB dijemput juga untuk majlis Tadarus Al-Quran, tetapi memandangkan pada malam tersebut YB ada satu program yang tak dapat dielakkan... jadi disebelah paginya YB dijemput untuk merasmikan program tersebut...
Wahhh.. tengok adik-adik nie begitu semangat dan ceria....dari raup wajah mereka nampak berani..macam nielah generasi-genarasi akan datang yang berani menghadapi segala ujian dan cabaran... Pabila rombongan kami sampai di Pangsapuri tersebut adik-adik dan para ibu bapa telah berkumpul untuk mengadakan perarakkan mengililingi Pangsapuri...adik-adik Khatan ini dibawa ermmm mereka diraikan seperti pengantin..."pengantin kecil", hebatkan????...
setelah itu kami dibawa masuk ke dewan...YB diminta memberi ucapan dan kata-kata semangat untuk adik-adik dan juga kepada para ibu bapa...di sini YB menegaskan bahawa kita jangan utamakan ilmu dunia sahaja sehinggakan ilmu akhirat (agama) kita abaikan...ini sangat penting dan setiap ibu bapa ini merupakan tanggungjawab yang besar...kerana tiada ilmu agama hancurlah generasi akan datang...jika kita mencari ilmu dunia hanya dunia sahaja yang akan kita dapat, tetapi jika kita mencari ilmu akhirat dua-dua kita akan dapat... adik-adik ini dipersembahkan dengan bermacam-macam acara; seperti silat, "silat monyet dan gayong", persembahan nasyid..ermm nasyid yang dipersembahkan memang merdu (syabas dan mantap untuk kumpulan nasyid "Jabal Az-Raq")... dan akhir sekali mereka (adik-adik khitan) dihidangkan dengan mandian dari paip bomba... sebelum tue adik-adik nie banyak dapat hadiah dan ang pau dari YB, Pengerusi Persatuan dan ibu bapa...bestkan dirai seperti ini??? semoga adik-adik semua menjadi generasi yang berguna untuk agama, keluarga, masyarakat dan negara...
bersama-sama YB memotong pulut kuning...
wahhh...YB orang yang pertama merenjis-renjis pengantin kecil nie...
ermmm dapat hadiah dan duit dari YB....ermmm bestkan???
persembahan nasyid oleh kumpulan Jabal Az-Raq lagu Intifadhah... syabas!!!
persembahan silat monyet
YB memberi ucapan dan sekaligus merasmikan program tersebut...
para pengantin kecil...
dibawa berarak mengelilingi Pangsapuri...
disediakan oleh: Cik Faezah

No comments: