Friday 23 January 2009

PRK Kuala Terengganu GAMBAR SEKITAR KEMPEN PRK KT

Thursday 15 January 2009

LARIAN AMAL UNTUKMU PALESTIN:
Larian Amal untukmu Palestin diadakan pada 10 Jan 2009 di Taman Tasik Titiwangsa anjuran Fakulti Perubatan dan Kampus UKM KL. Saya terlibat sama kerana mengiringi dan meraikan suami saya yang merupakan Pensyarah Fakulti Perubatan UKM dan juga Penasihat Program tersebut.
Beramah mesra dengan urusetia program.
Suami tercinta Prof Madya Dr Aminuddin dan ibu mertua turut ambil bahagian dalam Larian Amal Untukmu Palestin tersebut.
Dr Amin dapat tempat ke 15 sebab katanya untuk golongan veteran ramai yang memang Pro Pelari jarak jauh dan sangat 'fit'. Saya menduduki tempat ketujuh sambil menyorong ibu mertua yang berlari atas erusi roda dan dapat juga menang ditempat kesembilan..
Zulhelmi dan Asri juga turunkan tanda tangan
Menanda tangan banner menyeru pemboikotan barangan / produk Israel dan Amerika laknatullah !!
Briged Titiwangsa yang terdiri dari Asri selaku Komandan dan Zamri selaku penaung juga turut hadir. Zulhelmi seorang lagi anggota briged yang tidak kelihatan. Saudara Kamarul suami Puan Shuaini dari cawangan Keramat Luar mewakili Zon Keramat dan Kawasan TW.
Penyembelihan Rakyat Palestin digambarkan melalui pamiran patung-patung tidak bernyawa yang dipercikkan dakwah merah seumpama darah.
Dr Lo'lo'
PERASMIAN (DUKE) - Lebuh raya Duta Ulu Kelang pada 9 Jan 2009:
Perasmian ini adalah untuk buka secara rasmi persimpangan dari Jalan Duta ke Jalan Kuching, persimpangan Green Wood ke Persimpangan Hill View. Dirasmikan oleh Dato Ir Mohd Zin b. Mohamed Menteri Kerja Raya Malaysia yang datang dengan gaya santai dan penyampaian ucapan yang bersahaja. Orang kuat diatas pembinaan ini adalah Pengarah Urusan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur KL Sdn Bhd { Kesturi ) Dato Haris Onn Hussein anak kepada bekas PM dan adik bungsu kepada Menteri Pelajaran
Motto DUKE menurut 'brochure' mereka adalah "Save time with the DUKE" atau Jimat masa dengan DUKE
Antara tetamu dan VVIP yang hadir iaitu terdiri dari antaranya Pegawai-pegawai Tinggi LLM dan JKR.
YB Shaari Sungip ADUN Ulu Kelang juga turut dijemput hadir. Malangnya nama kami langsung tidak disebut oleh MC, namun begitu di samping Menteri, Dato Harris Tun Hussein Onn selaku Pengarah Urusan KESTURI , pegawai-pegawai tinggi LLM dan JKR yang diberi keutamaan dan disebut berderet-deret...YB-YB Ahli Parlimen dan ADUN kelihatan datang menumpang sahaja.
Pemotongan riben belon besar oleh YB Menteri Kerjaraya Dato Ir Md Zin.
Disimbahi dengan hujan kertas berwarna-warni...
Saya dan YB Shaari sedang berbicara dengan Dato Haris. Beruntung Dato Haris kerana dapat sokongan kuat dari keluarganya.
Berbicara dengan Datin.... ibu mertua Dato Haris, Puan Suraya Hani kakak Dato Haris. Isteri dan bapa mertua pun datang juga untuk beri sokongsn moral.
Cenderahati yang diberi juga tidak kurang hebat, iaitu Diari 2009-2010, buku nota besar dan kecil dan lain-lain. Buatan diari dan buku-buku tersebut nampak mewah dan sudah tentu mahal harganya. Kita harapkan konsesi perjanjian TOL untuk Lebuh raya DUKE ini akan dibuat lebih telus dan menguntungkan rakyat. Kita rakyat Malaysia sudah muak dengan konsesi-konsesi perjanjian yang sering-kali merugi dan membebankan rakyat serta berat sebelah. Kita juga tidak mahu tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan asas diswastakan lantas syarikat-syarikat swasta ini mengambil keuntungan yang berlipat kali ganda dan rakyat atau pembayar cukai terpaksa menggalas liabilitinya.
Dr Lo'lo'
Pemindahan penduduk Flat Pekeliling ke FLAT SRI TERENGGANU, Sentul.
Penduduk atau lebih tepatnya pemilik unit-unit Flat Jalan Pekeliling akhirnya bersetuju untuk berpindah ke PPR Sri Trengganu, Sentul iaitu bersebelahan dengan tapak pembinaan Perumahan Parcel S. Ini adalah Unit-unit perumahan yang akan menggantikan unit-unit yang dimiliki oleh penduduk Flat Pekeliling. Setelah bertahun-bertahun berjuang, akhirnya mereka berjaya memastikan buat masa kini mereka dapat mengikuti secara langsung pembinaan kediaman gantian tersebut. Sebenarnya Parcel S ini telah dijanjikan sejak Tahun 2001, tetapi tiada hitam putih & tiada langsung progres. Orang sekarang kata TIDAK take-off langsung
Pelbagai ujian yang saya sendiri hadapi dalam menyelesaikan kes ini. Berapa kali penduduk-pebduduk tersebut datang 'menyerang' Pusat Khidmat saya untuk mengadu pelbagai hal sehinggalah kepada bekalan api, air dan lif yang dihentikan. Kata orang Perak, jenuhlah saya menyantuni mereka dari Pusat Khidmat hinggalah ke Parlimen, tapi bukanlah bermakna isu ini sahaja saya bawa ke Parlimen, macam-macam isu setempat telah saya kemukakan. Alhamdulillah, berkat "Tsunami Politik 8 Mac" sehingga melahirkan Pembangkang yang kuat dalam Dewan Rakyat menyebabkan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalannya tidak boleh duduk diam kerana sering didesak untuk bertindak dan bukan cakap atas angin sahaja.
Gambar-gambar yang tertera dibawah adalah lawatan saya ke Flat Sri Trengganu bersama Timbalan Menteri WP Dato Saravanan untuk mengetahui secara langsung kedudukan dan permasalahan mereka. Memang saya kata mereka begitu beruntung, dapat duduk percuma selama 3 tahun tanpa bayar sewa iaitu sehingga Parcel S siap. Kebanyakan mereka ditanggung oleh anak-anak, jadi unit-unit mereka telah dibaik-pulih sehingga sangat selesa untuk didiami. Kredit juga mesti diberikan kepada Bahagian Perumahan dan JPEC DBKL yang telah bersungguh-sungguh membantu malah telah belanjakan RM1.5 juta untuk proses baik pulih PPR lama yang supaya sesuai untuk didiami.
Walaupun masih ada beberapa perkara atau pembaikan yang perlu dibuat, saya kira perkara-perkara tersebut minor berbanding dengan kejayaan mendapat surat aku-janji memiliki rumah gantian Parcel S dan dapat duduk selesa 3 tahun tanpa bayar sewa. Saya juga mesti mengakui keprihatinan Dato Saravanan yang turun padang bersama-sama saya pada hari tersebut dan turut bersungguh menyelesaikan isu Flat Pekeliling ketahap sekarang ini.
Mendengar aduan dan keluhan salah seorang penduduk yang terlibat
Bersama-sama Dato Saravanan, Michael (Ketua Penduduk yang dapat 2 unit 2 bilik yang sangat selesa sebab ada 2 hall, 2 dapur, 2 tandas dan 4 bilik tidor ) serta yang lain-lain yang turut serta termasuk wartawan.
Dengan pemindahan ini bertambah luaslah kawasan saya iaitu Zon Kg Baru(termasuk Chow Kit, Pekeliling dan sebahagian Jalan Pahang), Zon Keramat, Zon Pandan, Zon Desa Rejang (Setapak) dan Zon Flat Sri Trengganu. Risau memikirkan pertambahan ini sedangkan tenaga membantu tidak bertambah, wang ringgit pun tenat sebab peruntukan Ahli Parlimen 2008 satu sen tidak dapat, Tahun 2009 mungkin sama juga.
Dr Lo'lo'

Tuesday 6 January 2009

Liqa' Fikri
Selepas YB membentangkan slide dalam program liqa' fikri di Taiping Perak, YB dijemput untuk sama-sama menikmati hidangan tengah hari di restauran "KANJI ARAB" milik Tuan Hj. Zamri, cawangan kedua yang baru dibuka...
YB bersama jemputan yang lain dan juga pemilik restauran (berpakaian baju melayu)

Friday 2 January 2009

PELANCARAN BRIDGED TITIWANGSA
1 Januari 2009
Majlis Pelancaran Bridged Titiwangsa berjaya dilancarkan oleh YB Dr. Lo'lo' Ahli Parlimen Titiwangsa dengan tema "KITA BERSAUDARA". Bukan untuk penduduk Melayu sahaja, malah dari setiap kaum yang ada di kawasan Titiwangsa ini. Di mana skuad bridged ini merupakan pasukan sukarelawan yang akan sama-sama membantu YB Dr. Lo'lo' dalam setiap program yang akan dihadiri oleh YB Dr. 
GAMBAR SEKITAR HARI PELANCARAN
Ucapan perasmian oleh YB
Ahli bridged dan orang ramai yang hadir...
Komanden Asri sedang menyarungkan vest kepada salah ahli bridged
Komanden menyarung vest kepada salah seorang Ahli Bikers
YB menyarungkan vest kepada ahli bridged dari Kaum India
YB menyarungkan vest kepada ahli bridged wanita
Ahli Bridged dan Ahli Bikers bergambar kenangan bersama YB
brieffing yang disampaikan oleh En. Zamri...selepas majlis pelancaran
Lawatan YB ke tapak Taman Tasik Hiliran Ampang, turut serta Pegawai-pegawai dari DBKL dan juga perunding serta pemaju taman tersebut... Perunding sedang menerangkan tentang projek tersebut. Yang dibelakang itu adalah pintu keluar kedua.

Penduduk2 meminta jalan pintas yang akan menjadi laluan untuk keluar masuk untuk mereka sebagai laluan yang lebih 'people friendly'

Saudara Dave mewakili penduduk menyampaikan hasrat mereka.

Dr Lo'lo'