Thursday 15 January 2009

PERASMIAN (DUKE) - Lebuh raya Duta Ulu Kelang pada 9 Jan 2009:
Perasmian ini adalah untuk buka secara rasmi persimpangan dari Jalan Duta ke Jalan Kuching, persimpangan Green Wood ke Persimpangan Hill View. Dirasmikan oleh Dato Ir Mohd Zin b. Mohamed Menteri Kerja Raya Malaysia yang datang dengan gaya santai dan penyampaian ucapan yang bersahaja. Orang kuat diatas pembinaan ini adalah Pengarah Urusan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur KL Sdn Bhd { Kesturi ) Dato Haris Onn Hussein anak kepada bekas PM dan adik bungsu kepada Menteri Pelajaran
Motto DUKE menurut 'brochure' mereka adalah "Save time with the DUKE" atau Jimat masa dengan DUKE
Antara tetamu dan VVIP yang hadir iaitu terdiri dari antaranya Pegawai-pegawai Tinggi LLM dan JKR.
YB Shaari Sungip ADUN Ulu Kelang juga turut dijemput hadir. Malangnya nama kami langsung tidak disebut oleh MC, namun begitu di samping Menteri, Dato Harris Tun Hussein Onn selaku Pengarah Urusan KESTURI , pegawai-pegawai tinggi LLM dan JKR yang diberi keutamaan dan disebut berderet-deret...YB-YB Ahli Parlimen dan ADUN kelihatan datang menumpang sahaja.
Pemotongan riben belon besar oleh YB Menteri Kerjaraya Dato Ir Md Zin.
Disimbahi dengan hujan kertas berwarna-warni...
Saya dan YB Shaari sedang berbicara dengan Dato Haris. Beruntung Dato Haris kerana dapat sokongan kuat dari keluarganya.
Berbicara dengan Datin.... ibu mertua Dato Haris, Puan Suraya Hani kakak Dato Haris. Isteri dan bapa mertua pun datang juga untuk beri sokongsn moral.
Cenderahati yang diberi juga tidak kurang hebat, iaitu Diari 2009-2010, buku nota besar dan kecil dan lain-lain. Buatan diari dan buku-buku tersebut nampak mewah dan sudah tentu mahal harganya. Kita harapkan konsesi perjanjian TOL untuk Lebuh raya DUKE ini akan dibuat lebih telus dan menguntungkan rakyat. Kita rakyat Malaysia sudah muak dengan konsesi-konsesi perjanjian yang sering-kali merugi dan membebankan rakyat serta berat sebelah. Kita juga tidak mahu tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan asas diswastakan lantas syarikat-syarikat swasta ini mengambil keuntungan yang berlipat kali ganda dan rakyat atau pembayar cukai terpaksa menggalas liabilitinya.
Dr Lo'lo'

No comments: