Tuesday 17 February 2009

CERAMAH ISU SEMASA DIDARUL UMMAH
Isu Rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah isu utama yang disampaikan. Dalam menjawab isu tanah di Perak, sangat jelas bahawa Kerajaan PR Perak memberikan geran pegangan bebas kepada orang-orang Cina di beberapa Kg. Baru Cina di mana tanah tersebut merupakan tanah dimana terletaknya rumah keluarga-keluarga tersebut sejak 4-5 generasi yang lalu. Tanah tersebut bukan tanah Orang Melayu yang dirampas lalu diberikan kepada orang Cina. Ini tanah tumpah darah keluarga tersebut, di situlah rumah mereka, di situlah anak cucu-cicit mereka dilahirkan dan dibesarkan. Tambahan pula mereka adalah rakyat Malaysia bukan rakyat negeri lain. Bab bagi-bagi tanah ni sebenarnya UMNO/BN lagi teruk, bukan bagi tanah kampung tapi bagi satu gunung seperti bagi satu Genting Highland kepada Lim Goh Thong, satu Pulau iaitu Pulau Pangkor kepada Vincent Tan, bagi satu Anjung kepada Cina Singapura di Wilayah Iskandar.
Malah UMNO 'jual' Bukit Gantang kepada Cina Gerakan, 'jual' Taiping kepada India PPP dalam PRU 11 dan lain-lain kalau nak sebut sangat isu perkauman ni. Mengapa UMNO tidak mengamuk dan hanya merelakan kawasan Parlimen yang secara tradisinya dimiliki UMNO (juara orang Melayu) di anugerahkan kepada bukan Melayu?? tapi sebaliknya bila Kerajaan PR meluluskan permohonan Geran di Kg Baru Cina, orang UMNO begitu riuh rendah sehinggakan dikatakan dijadikan sebagai justifikasi merampas Kerajaan Perak dari PR.
Sebagai fakta Kerajaan PR Perak telah meluluskan lebih 130,000 geran kepada orang-orang Melayu di Kampung-kampung Tersusun untuk orang-orang Melayu berbanding 49,000 geran kepada orang Cina.
Pak Yazid penceramah veteran, telah berumur 80 tahun lebih tetapi tetap bersemangat. Pak Yazid menceritakan bagaimana beliau dipecat dari PAS kerana membantah penggabungan PAS dengan BN, namun katanya beliau tetap mengundi PAS setiap kali pilihan raya kerana tidak ada parti yang beliau rasa paling jelas visinya dalam memperjuangkan Islam dan keadilan sejagat. Beliau pernah menjawat sehingga ke jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

Peguam muda sdra Zamri menerangkan bahawa dalam undang-undang Tubuh Perak kerusi MB hanya boleh dikosongkan sekiranya MB sendiri meletakkan jawatan atau apabila diberi undi tidak percaya dalam DUN atau apabila parti MB tersebut kalah atau hilang majoriti dalam PRU.

Antara hadirin hadirat yang mengikuti ceramah perdana di Darul Ummah pada 16 Feb 2009.

Dr Lo'lo'

HI TEA MESRA WANITA

Panelis Forum: YB Wan Ubaidah Exco Kerajaan Kelantan, Saya sendiri, Pemudah-cara YB Mumtaz Senator dan YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang.

Bersalaman dengan para hadirat.

Beberapa NGO telah menghantar wakil, yang kelihatan disini adalah wakil HelWa ABIM.
Dr Lo'lo'

Monday 16 February 2009

Sokongan bersama MB Perak

YAB MB Perak Ir Nizar telah datang bersolat Jumaat di Masjid Kg Baru dan juga makan tengahari di kedai makan Keluarga Pak Yazid.

Saya bersama Cikgu Norlaila aktivis GMI dan Asri yang menayangkan kain dengan tulisan MOHON TUANKU BUBAR DUN PERAK.

Sedang berbincang dengan Peguam Zamri sambil diperhatikan Ehsan.

MB Nizar yang tabah sentiasa menun jukkan akhlak terpuji dalam berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.

Memberi penerangan demi penerangan tanpa jemu-jemu.

Ya Allah kembalikan Kerajaan PR menerajui Kerajaan Perak dan Engkau datangkan 'urusanMu' ke atas para lanun dan kuncu-kuncunya yang secara ganas merampas Kerajaan Perak PR yang baru berusia 10 bulan. Ya Allah, kami baru bermula merancang dan mengatur rencana untuk melahirkan Negeri Perak yang makmur yang menjunjung perintahMu Ya Allah dan menegakkan Keadilan Mu tanpa mengira kaum, namun mereka yang tiada akhlak dan tiada bermaruah telah memusnahkan usaha2 kami dengan menggunakan Istana, Polis dan kaki-tangan kerajaan untuk menindas serta menghimpit kami Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah, tanpaMu ya Allah kami akan terus dianiaya. Ami Ya Rabbal 'alamin

Dr Lo'lo

LAWATAN ke HERITAGE CONDO Heritage Condo adalah 'High End Project' yang terdiri dari beberapa blok kondo dan'pent house' yang berharga antara RM 200k hingga RM600k. Namun setelah 9 tahun masalah mereka masih belum selesai sehingga penyenggeraan Kondo menjadi satu gadaian antara Jabatan Insolvensi, liquidator dan pemilik2 kondo. Ini berlaku kerana pemaju sudah gulung tikar sehingga Jabatan Insolvensi melalui mahkamah melantik sebuah syarikat untuk mengurus kondo tersebut. Gambar2 dibawah jelas menunjukkan keadaan Kondo Mewah yang jadi seperti 'Haunted Condo' sebab penyenggaraan tidak dapat dijalankan apabila MC atau Management Corporation bukan yang dipilih oleh penduduk tetapi oleh Syarikat Liquidator
Syarikat Liquidator ini memegang Strata Title pemilik2 dan hanya mahu menyerahkan kepada pemilik jika sekiranya mereka bayar 2% dari harga rumah kepada liquidator. Pemilik enggan bayar 2% kerana bukan salah mereka pemaju gulung tikar. Ini menyebabkan Syarikat Liquidator bertindak-balas dengan tidak menyerahkan "Strata-title" sebab dalam akta hakmlik strata perlu didaftarkan sekurang2nya 15% dari jumlah unit Kondo

Puan Fatimah salah seorang pemilik Pent-House yang begitu beria2 memperjuangkan hak dan kesejahteraan pemilik2 asal Heritage Condo.

Puan Fatimah menunjukkan keadaan 'deplorable condition of Squash Court' yang memang telah ditutup sebab tidak layak untuk digunakan.

Dr Lo'lo'

Wednesday 11 February 2009

SEMINAR KEBAJIKAN NATIONAL Anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat

Sebahagian besar AJK LKKPP bergambar dengan YB Dato Paduka Husam dihadapan pentas. Puan Aishah, Puan Marlina Penolong S/U, Puan Hjh Rohainah, Saya sendiri selaku Pengerusi LKKPP, Puan Raja Rozita Bendahari, Brig Gen (B) Tn Hj Abd Ghani Mahluddin Timbalan, Dato paduka Husam, Cikgu Yusuf pengasas RIJAL, Cikgu Abnu Khalid, Hj Zainal, Shamsul Rijal, En Osman, Ust. Norsham, Hj Mohd dan Muhsin. Yang tiada dalam gambar adalah Sharbi SUK, Lela, Umi Sanah, dan lain-lain.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH GANTI KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK KG BEREMBANG
(ada Problem laptop saya ni<>
Berbicara dengan Abang PJK salah seorang penduduk Kg. Berembang. Setelah melalui pelbagai keperitan apabila rumah mereka yang didiami dirobohkan beberapa kali termasuk surau kononnya untuk beri laluan kepada pembangunan, terus bertahan dan berkubu meskipun terpaksa duduk dalam pondok-pondok dan khemah-khemah beberapa lama, akhirnya penduduk-penduduk yang tabah dan yakin dengan hak mereka akhirnya dikurniakan rumah ganti.

Bertanya khabar En Izan juga penduduk Kg Berembang yang bertahan.

Briged Titiwangsa teringin nak bergambar bersama-sama

Bergambar dengan beberapa penduduk wanita Kg Berembang.

Dr Lo'lo'

Perjumpaan & Majlis Suaikenal Datuk Bandar Baru Datuk Fuad bersama Ahli-ahli Parlimen KL

YB Teresa menyampaikan dokumen aduan rakyat dari Parlimen Seputeh. Ini diikuti oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Datuk Bandar yang baru Datuk Fuad menjanjikan kerjasama yang lebih erat antara DBKL dengan seluruh Ahli Parlimen dari PR dan BN.

Saya pun tak ingat dah apa yang saya perkatakan kepada Datuk Bandar dalam gambar ini...

Dr Lo'lo'

SAMA-SAMA BERMUAFAKAT
Islam itu indah dan cantik... Allah menyukai perkara-perkara yang indah. Oleh itu sama-samalah kita menjaga keindahan dan kebersihan alam flora dan fauna, kerana kebersihan itu merupakan cabang-cabang iman. Gotong-royong atau saling membantu kepada kebaikan sangat digalakkan dalam islam... sehingga Allah telah menyebutkan di dalam Al-Quran, surah al-Maaidah:2;
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى اْلإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
yang bermaksud: "Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya"
YB turut sama-sama bergotong-royong bersama masyarakat di Blok A & B Desa Pandan dengan kerjasama DBKL.

Faezah

Tuesday 10 February 2009

PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA di PPR Desa Rejang

Cara susunan gambar yg sangat kreatif. Terima kasih Farid...

Pertama kali menggaul Yee Sang - yang ni dibeli khusus jenis Vegetarian

Briged Titiwangsa bergotong-royong menurunkan beras dari Storm . Storm kini jadi kenderaan rasmi Briged dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Ada penderma yang menyumbangkan Storm ini. Kami hanya perlu sambung bulanan sebanyak RM1341 sebulan. Namun begiu sakit juga nak cari wang sebanyak tu. Ada beberapa bulan ditaja oleh seseorang, lepas tu orang ni sudah tidak mampu untuk sambung. Saya masih mencari2 penaja kerana Storm ni banyak jasanya bermula dari meredah banjir besar di Johor dahulu hinggalah yang terkini berkhidmat di PRK Kuala Trengganu. Hari ni pula Storm masuk 'klinik' sebab brake meragam, tak tau berapa pula bil 'klinik' tersebut. Bulan Jan yg lalu RM 160...Tolong kami bantu kami.........

Akaun DANA KAMI PRIHATIN - 12113010026150 (BIMB)

Akaun LO'LO' BT HJ MOHAMAD GHAZALI - 14410005980052 (CIMB)

BANTUAN MISI KEMANUSIAAN GAZA Sebelum berangkat... di KLIA bersama Presiden, MPs PAS dan NGOs

Banner yang dibawa kumpulan dari Kelantan khusus dihantar oleh YB Husam. SAVE PALESTIN- Misi cakna Palestin.

Saya, YB Ust Nasir Padang Terap, YB TG Dato Seri Abd Hadi Awang Presiden PAS & AP Marang, YB Salehuddin Kubang Kerian, YB Dr. Dzulkifli dan YB Dr. Hatta.

Presiden PAS di temuramah oleh wartawan sambil diperhatikan Ketua Pemuda.

Bersama YB Dr. Hatta dan isteri tercintanya Dr. Kalsom..... kawan lama sejak tujuh puluhan semasa kami sama-sama di Fakulti Perubatan UKM. Dr. Hatta & Dr. Kalsom badge ke 4, saya sendiri, YB Dr. Md. Hayat dan isterinya Dr Rahimah badge ke 5. Kami dah macam adik beradik.

Mengatur barang sambil dibantu Ehsan .

Dr Lo'lo' di KLIA

Tuesday 3 February 2009

YB Dr. berangkat ke Mesir untuk Misi Bantuan Kemanusiaan di Gaza bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta MPs PAS dan NGOs... sekarang YB Dr. dan rombongan berada di Jordan... keadaan mereka Alhamdulillah sihat sejahtera...
oleh: Faezah