Monday 16 February 2009

Sokongan bersama MB Perak

YAB MB Perak Ir Nizar telah datang bersolat Jumaat di Masjid Kg Baru dan juga makan tengahari di kedai makan Keluarga Pak Yazid.

Saya bersama Cikgu Norlaila aktivis GMI dan Asri yang menayangkan kain dengan tulisan MOHON TUANKU BUBAR DUN PERAK.

Sedang berbincang dengan Peguam Zamri sambil diperhatikan Ehsan.

MB Nizar yang tabah sentiasa menun jukkan akhlak terpuji dalam berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.

Memberi penerangan demi penerangan tanpa jemu-jemu.

Ya Allah kembalikan Kerajaan PR menerajui Kerajaan Perak dan Engkau datangkan 'urusanMu' ke atas para lanun dan kuncu-kuncunya yang secara ganas merampas Kerajaan Perak PR yang baru berusia 10 bulan. Ya Allah, kami baru bermula merancang dan mengatur rencana untuk melahirkan Negeri Perak yang makmur yang menjunjung perintahMu Ya Allah dan menegakkan Keadilan Mu tanpa mengira kaum, namun mereka yang tiada akhlak dan tiada bermaruah telah memusnahkan usaha2 kami dengan menggunakan Istana, Polis dan kaki-tangan kerajaan untuk menindas serta menghimpit kami Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah, tanpaMu ya Allah kami akan terus dianiaya. Ami Ya Rabbal 'alamin

Dr Lo'lo

1 comment:

seri manis said...

terimalah qada dan qadar. kerajaan perak bukan dirampas oleh sesiapa... tetapi di kembalikan kepada yang hak.

Siapa yang tiada akhlak dan tidak bermaruah.........

Derhaka kepada perintah Sultan itu adakah orang yang bermaruah????

Menghalang kenderaan Sultan dengan berbaring dijalanan, reformasi gila, adakah ini sikap orang yang bermaruah.??????

Kita sebagai orang islam harus terima ketentuan ilahi.

Kalau duduk diatas, hanya sebagai alat atau umpama lembu dicucuk hidung, lebih baik mengalah.....

Orang asing memang suka tengok kita sesama islam dan orang melayu bergaduh. Mereka bertepuk tangan sehingga kaki juga bertepuk kerana terlalu gembira.

Sedar2lah diri. kita ni hanya insanyang kedil. kita merancang tapi tuhan yang menentukan.