Thursday 23 April 2009

Kemalangan jalan raya dihadapan PKWR: Semasa saya sedang asyik menguruskan beberapa hal pentadbiran di pejabat PKWR saya dimaklumkan oleh Shahir bahawa ada orang jatuh motor depan PKWR. Saya bergegas keluar dan mendapati seorang budak perempuan sedang menangis kesakitan terduduk ditepi jalan dan bapanya sedang tunduk cuba menstabilkan dirinya. Saya terus dukung budak perempuan yang berusia lebih kurang 5 tahun untuk dirawat dalam pejabat. Keadaan panas terik diluar. Difahamkan 2 beranak ini jatuh sendiri kerana jalan licin disebabkan pasir. Alhamdulillah kenderaan lain sempat mengelak mereka yang terjatuh atas jalan. Mereka dalam perjalanan kerumah nenek kanak2 tersebut di Pantai Dalam dari rumah sewa mereka di Pandan Indah. Lelaki ini tidak bekerja kerana diberhentikan akibat krisis ekonomi sekarang. Anak 9 orang ! Isterinya bekerja di Jalan Ampang syarikat swasta berhampiran kedutaan US. Kecederaan Suhaimi banyak berpusat di bahagian bahu kiri dan beberapa luka lain. Budak yang asyik menangis tu terpaksa dipujuk untuk minum sebab bibirnya pecah dan dia masih terkejut. Dia juga mengalami luka2 di tangan dan kaki. Saya telah mencucinya dengan tisu basah yang memang selalu disediakan dalam kereta.
Kesian tengok budak tu. Tak pasti dah makanke belum. Dengar ceritanya mereka nak kerumah nenek untuk mencari duit susu anak. Bayangkan 9 anak, isteri sahaja bekerja, suami tiada kerja. Jaga anak sementara nak cari kerja. Rumah sewa, mohon rumah Bandaraya belum dapat. Seorang pemandu teksi yang simpati turut naik pejabat kerana menyangkakan dia yang menyebabkan motor mereka terjatuh. Motor pun betul2 motor kapcai.. bukan nak merendah2kan tapi itulah realiti dan saya rasa sebak dan terkedu......ramainya rakyat nak dibantu.....

YB boleh tolong saya dapatkan rumah Bandaraya? sewa rumah sekarang pun dah RM 500 sebulan. Saya kata, takpe, terus duduk di Pandan Indah saya akan minta YB Iskandar bantu dapatkan rumah PPR di Selangor.

Mereka dihantar oleh Shahir ke Hospital Pakar Islam (KBMC) untuk rawatan terutama X-ray dan saya bekalkan sedikit biaya.

Sehingga hari ini kami masih tidak berjaya menghubungi Suhaimi melalui nombor taliponnya. Motornya telah tiada dari kawasan PKWR dan kami tertanya2 apa yang berlaku.

Dr Lo'lo'

No comments: