Tuesday 26 May 2009

MAJLIS PENJENAMAAN SEMULA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
26 Mei 2009
Gambar dari jauh bangunan Perpustakaan Awam Selangor dengan Logo Baru yang berwarna jingga, kuning-oren, hijau turqoise,hijau serta gambar budak membaca atas huruf A.
Dalam sudut kreatif anak-anak yang dikhas kan untukpelbagai aktiniti yang membina dan mencetak minda anak-anak serta memupuk generasi membaca.
Masih dalam dunia kanak-kanak yang memeriahkan majlis yang agak rasmi & penuh dengan ucapan demi ucapan. Banyak tag-line yang diperkenalkan tapi yang utama adalah 'LIBRARY MY SECOND HOME' atau PERPUSTAKAAN RUMAH KEDUAKU'
Juga ada slogan 'JOM LEPAK DI LIBRARY'
Saya sangat berminat dengan perpustakaan kerana disinilah kehidupan saya sebagai Pelajar Perubatan berkisar,disini jugalah anak-anak saya semasa kecil bermain dan menghabiskan hujung minggu disamping pamiran2 buku, Zoo, Taman burung&Rama-rama dan pelbagai tempat2 yang merangsang minda Semasa anak2 saya kecil perhiasan diruang tamu bukan almari pinggan mangkuk tetapi buku-buku, kitab dan Al Quran. TV tidak pernah mendapat tempat utama sebab TV hanya duduk di ruang keluarga dan kami menonton TV saiz 14 inci hinggalah 5 tahun yang lalu. Astro pun hanya saya langgani sejak beberaa tahun lepas itu pun bertujuan untuk akses kepada berita dunia dan maklumat2 yang lain dari yang berani dipaparkan oleh RTM.
Gimik perasmian iaitu menaikkan belon oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Dato Menteri Besar Selangor. Saya bediri disebelah YB Yaakob Sapari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Rakyat Msia membelanjakan hanya 2% dari pendapatan untuk membeli bahan bacaan termasuk buku2, akhbar dan majalah picisan. Itupun purata yang dibaca hanyalah 1 helai setahun berbanding purata amalan membaca di Jepun 1 buku setahun.
Sedangkan bagi Orang Islam ayat pertama yang diturunkan adalah IQRA yang bermaksud BACALAH yakni satu arahan yang tegas, jelas dan spesifik. Usahkan hendak membaca buku, baca Quran yang merupakan panduan orang Islam pun sangat kurang sehingga Quran jadi bahan perhiasan dan simbol agama sahaja. Itulah sebabnya manusia jadi sesat dan menyesatkan kerana meninggalkan manual panduan yang diturunkan oleh "Jurutera" manusia itu sendiri iaitu Allah yang Maha Pencipta. Bila manual panduan ditinggalkan dan ambil panduan lain, manusia menzalimi diri dan merosakkan alam yang dihuni sendiri, kemudian hairan kenapa berlaku pelbagai kecelaruan.
Mengaminkan doa. Disebelah saya adalah YB Puan Haniza Talha Timbalan Speaker dan Dato Khalid Ketua Polis Selangor
Dr Lo'lo'

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,

Saya cadangankan supaya YB mengadakan KEMPEN DI MUKTAMAR PAS nanti untuk mengalakan SEMUA AHLI dan PEMIMPIN PAS menwakafkan BUKU-BUKU dan KITAB-KITAB AGAMA ISLAM untuk di serahkan kepada PERPUSTAKAAN..