Tuesday 21 July 2009

Program2 terbuka untuk orang ramai turut serta anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa dan Dewan Muslimat PAS Titiwangsa: 1- KAUNTER MESRA RAKYAT DI MASJID BAITUL AMAN, JALAN DAMAI, KUALA LUMPUR pada Jumaat 24 Jul 2009 bersamaan 2 Syaaban 1430H dari 12 tgh- 3 ptg. Khidmat yang disediakan: Pendaftaran SMUE Skim Mesra Usia Emas untuk warga emas 60 tahun keatasyang terdiri dari 'anak Selangor' iaitu kad pengenalan -10- ditengah. Sila bawa kad pengenalan sendiri dan salinan, salinan Kp isteri/suami/anak sebagai 'penjaga' dan salinan Kp anak yang lain sebagai penama/yang diamanah terima wang khairat kematian tersebut. Pendaftaran TAWAS iaitu Tabung Warisan Anak Selangor iaitu untuk anak-anak yang dilahirkan di Selangor atau yang ibu bapanya anak Selangor iaitu yang lahir dari Januari 2008. Kaunter aduan pelbagai masalah, termasuk untuk menyalurkan permohonan ke JKM dan permohonan bantuan zakat. Tabung derma juga disediakan kepada yang mahu menderma. 2- MAJLIS TADARRUS AL-QURAN sempena Ulang tahun kelahiran Dr Lo'lo' yang ke 52 pada Ahad 2 Ogos 2007 bersamaan 11 Syaaban 1430H bermula dari 10 pagi di PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT TITIWANGSA, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, KL. Tel:0326980025

No comments: