Friday 11 September 2009

Penyampaian sumbangan
Puan Aisyah Wahab (Pengerusi Perasatuan Ibu Tunggal) mewakili YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal, beliau baru kematian suami pada Mei 2009 dan baru sahaja mendapat rumah sewa DBKL. Sebelum ini beliau hanya berteduh di bawah gerai (kenopi) di tepi jalan dan berlantaikan simen siar kaki yang dilapik kertas dan kotak, beliau bersama anaknya yang berusia 4 tahun...
Semasa hari perpindahan beliau saya turut membantu... memang menyedihkan, dalam rumah tersebut tidak ada apa-apa, perkakas dapur & rumah (sebelum ini beliau pernah sewa bilik, tetapi kerana ketiadaan wang..terpaksa keluar dan banyak barang-barang beliau hilang) Puan Aisyah memberi beras, minyak, dapur & sedikit duit...
faezah

1 comment:

Temuk said...

Di sebuah "negara Islam" yang serba maju, dengan Baitulmalnya & Pusat2 Zakatnya yang kaya, masalah begini tidak sepatutnya ada. Kalau ada pun, patut amat segera dapat diatasi. Bagaimana boleh diselesaikan masalah ini, agaknya? Salam bahagia Dr.