Wednesday 21 October 2009

MACC MUST INVESTIGATE UMNO CHIEFS

Oleh Tony Pua

SPRM perlu menyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan kawasan parlimen oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ketua Bahagian UMNO

Setiap kawasan parlimen telah diperuntukkan sekurang-kurangnya RM500,000 setiap tahun dalam program penyenggaraan infrastruktur awam (PIA), infrastruktur asas (PIAS) dan projek pembangunan kecil, luar bandar kawasan parlimen (PEKA). Untuk kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional, peruntukan ini adalah dikuasai oleh ahli parlimen, manakala untuk kawasan yang dikuasai pembangkang, peruntukan ini adalah dikuasai oleh Bahagian UMNO ataupun Barisan Nasional tempatan. Peruntukan ini adalah disediakan oleh Kementerian Kewangan dan diuruskan oleh Unuit Penyelerasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Antara 93,432 projek yang telahpun diluluskan daripada tahun 2005 sehingga Nov 2008, walaupun Jabatan Audit Negara hanya membuat lawatan ke 96 tapak projek, Ketua Audit Negara telah mendapati banyak masalah dalam sekurang-kurangnya 10 projek. Antara isu terpenting yang tertimbul adalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan dan pengurusan projek yang menglibatkan UMNO Bahagian tempatan.

Misalnya, Jabatan Audit Negara telah mendapati bahawa pembinaan bumbung gelanggang futsal di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Kuala Lumpur yang siap pada Dis 2007 dengan kos RM98,372 terbazir kerana kemudahan tidak digunakan dan terdapat pokok menjalar. Begitu juga dengan pembinaan tempat duduk penonton di Taman Danau Desa, di kawasan Seputeh yang siap pada Jun 2007 dengan kos RM48,960. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa ia “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula Ketua UMNO Bahagian Seputeh pada November 2008”.

Di Taman Danau Desa, Seputeh, Kuala Lumpur, didapati 3 projek iaitu membina gelanggang tertutup bernilai RM134,463, dewan orang ramai (RM130,313) dan pusat rekreasi (RM135,653) yang telah ditawarkan kepada 3 kontraktor yang berasingan pada Sep 2007 tidak dilaksanakan. Semakan Audit mendapati ketiga-tiga kontraktor tersebut telah membina satu dewan orang ramai yang bernilai RM400,429. Gelanggang tertutup dan pusat rekreasi tidak dibina. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa “pergabungan ini dibuat atas permohonan Ketua Bahagian UMNO Seputeh”.

Jabatan Audit Negara juga mendapati bahawa bangunan orang ramai di Taman Sri Endah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dibina dengan harga RM98,825 dan siap pada Okt 2007 tidak digunakan. Penjelasan yang diberikan adalah bahawa kemudahan tersebut “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula ketua UMNO Bahagain Bandar Tun Razak”.

Dalam satu kes lagi, satu tempat asuhan kanak-kanak dan peralatan permainan serta kerja berkaitan di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak telahpun siap dibina pada Okt 2007 dengan harga RM179,126. Akan tetapi, lawatan audit mendapati penggunaan bangunan ini tidak mengikut tujuan asal. Sekali lagi dalam penjelasan yang diberikan, “memandangkan saiz ruang yang sempit dan kegagalan memenuhi kriteria untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah menukarkan fungsi asal bangunan berkenaan...”

Kes-kes yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara di atas dengan secara langsung telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kerana penggunaan wang kerajaan telah dikuasai oleh Ketua UMNO bahagian tempatan yang tidak mempunyai sebarang berkedudukan dalam pengurusan kerajaan.

Ini juga membuktikan apa yang dinafikan selama ini, iaitu peruntukan kawasan parlimen yang tidak diwakili oleh ahli Barisan Nasional adalah dikuasai oleh Ketua UMNO Bahagian dan Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan UMNO.

*sumber: http://mt.m2day.org/2008/content/view/27968/84/

No comments: