Wednesday 21 October 2009

Soalan-soalan Parlimen Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] untuk Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Penggal ke-12

Soalan Lisan

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rompakan bersenjata yang melibatkan wang dan barang-barang berharga seperti emas yang diurus syarikat pengawal keselamatan sepanjang tahun 2008 hingga kini.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah disisi undang-undang secara besar-besaran yang telah berjaya dibuat oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kejadian jenayah mengikut jenis dan negeri sejak 3 tahun yang lalu dan suku pertama tahun 2009.

     

  5. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah polisi DBKL dalam penjualan rumah-rumah PPR kepada penduduk yang sedia ada dan juga pihak lain yang mungkin layak serta bagaimana dengan PPR Jelatek yang merupakan pemindahan dari Kampung Bumiputera dan lain-lain adakah mereka akan diberi hak untuk membeli unit-unit tersebut, begitu juga bagaimana dengan kedudukan PPR Sri Perlis 1 dan 2.

     

 

  1.  
  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menjelaskan mengapakah JAWI tidak membenarkan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama atau SRI swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara al-Quran, mata pelajaran diniah dan matapelajaran akademik serta apakah landasan kepada prinsip ini.

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan polis terhadap ugutan rogol ke atas exco kerajaan negeri Selangor, YB Rodziah dan juga ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid semasa majlis dialog dengan penduduk Seksyen 23 yang lalu serta sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua YB.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan DBKL untuk PPR Desa Rejang Setapak tentang penambahbaikan pasar basah yang seperti pasar 'cowboy' serta bilakah pembinaan rumah mayat untuk bukan Islam akan dimulakan sedangkan permohonan telah dibuat berkali-kali.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikkan yang dibuat DBKL untuk penuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan pembaikan dewan serbaguna Kampung Dato' Keramat dan naik taraf Taman Tasik Kampung Dato' Keramat dan bilakah projek-projek terbengkalai ini boleh digunakan semula oleh rakyat serta sejak bilakah projek ini dimulakan dan siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos yang telah dibayar dan berapa kos projek keseluruhannya.

 

Soalan Bertulis

 

  1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan kenapakah balai bomba di Jalan Jelatek masih terbengkalai tidak digunakan setelah sekian lama serta sejak bilakah projek ini dimulakan, siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos projek keseluruhannya.

 

  1. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pelantikan ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditangguhkan sedangkan sesi ahli jawatankuasa yang lalu telah tamat sebelum Ogos 2009.

     

  2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah pesalah juvana yang masih dalam tahanan reman sejak dari tahun 2008 hingga sekarang dan apakah polisi dan amalan yang digunapakai dalam menjustifikasikan penahanan juvana sebagai tahanan reman.

     

  3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan utama Bentong-Kelantan yang terlalu sempit kerana telah banyak kemalangan dan kematian yang berlaku.

     

  4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kadar pengangguran dan apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah ini.

No comments: