Monday 28 December 2009

Jawapan untuk Soalan Bertulis

Pertanyaan bertulis

Daripada: YB Dr. Lo'lo' binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa]

Rujukan: 28 (PR-1223-T34088)

Soalan:

 

Dr. Lo'lo' binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan:

 

Apakah perkembangan pembaikan dean serbaguna Kampung Dato' Keramat dan naik taraf Taman Tasik Kampung Dato' KEramat dan bilakah projek-projek terbengkalai ini boleh digunakan semula oleh rakyat serta sejak bilakah projek ini dimulakan dan siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos projek keseluruhannya.

 

Tuan Yang di-Petua,

Untuk makliman Ahli Yang Berhormat bagi Titiwangsa, Projek Pembaikan Dewan Serbaguna Kampung Dato' Keramat dan Projek Menaik Taraf Taman Tasik Kampung Dato' Keramat adalah di antara projek-projek Kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan awam dan kualiti hidup masyarakat warga kota di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Dato' KEramat telah mula dilaksanakan pada 30 Jun 2006. Syarikat Geo Synergies telah dilantik untuk melakukan kerja-kerja pembaikan tersebut dengan tarikh siap ditetapkan pa 8 Februari 2008.

 

Bagaimanapun, kontrak Geo Synergies ditamatkan lebih awal, iaitu pada 29 September 2009 disebabkan syarikat berkenaan gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik.

 

Sehubungan itu, DBKL telah melantik Tentuan Impass Daum Sdn. Bhd. Bagi menyambung kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Dewan Serbaguna Kampung dato' Keramat, dengan kontrak bernilai RM2,685,888.00. Syarikat ini telah memulakan kerja-kerja pembaikan Dewan Serbaguna tersebut pada 23 Jun 2008. Sehingga kini, pencapaian kerja-kerja pembaikan tersebut adalah pada tahap 95 peratus selesai. Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Dato' Keramat dijangka siap sepenuhnya pada 30 November 2009. Setakat ini, bayaran yang telah jelaskan kepada Tetuan Impass Daum Sdn. Bhd. adalah berjumlah RM2,429,137.79.

 

Bagi Projek Sambungan Kepada Pembangunan dan Menaik Taraf Taman Tasik Kampung Datuk Keramat pula, DBKL telah melantik Tetuan Sri Pantas Sdn. Bhd. dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM6,392,215.15. Kerja-kerja membangun dan menaik taraf Taman Tasik Kampung Datuk Keramat ini telah selesai pada 9 September 2009, mengikut tempoh kontrak 34 minggu yang ditetapkan.

No comments: