Friday 9 April 2010

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]:

Itu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya hendak bercakap tentang apa Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan. Bukan tentang Yang Berhormat Kapit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri
itu tentang air kumbahan yang keluar ke laut yang mencemar. Adakah Yang Berhormat
Timbalan Menteri menyedari bahawa di Port Dickson ada satu paip besar daripada
pekan Port Dickson itu yang memang secara jelas turun ke laut. Tidak ada rawatan
pertama atau rawatan kedua? Memang langsung turun ke laut dan ini telah bertahuntahun.
Saya hairan bagaimana Port Dickson ini duduknya tidak jauh daripada Kuala
Lumpur dan juga merupakan pusat pelancongan yang kira besar boleh diabaikan begitu
sahaja dari segi pencemaran di satu tempat pelancongan. Jadi saya minta penjelasan.
Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Soalan-soalan yang sedemikian tidak perlu di panjang lebar kerana bukan di bawah
kementerian Yang Berhormat.

Dato' Dr. James Dawos Mamit [Mambong]:

Yang Berhormat daripada Kapit
terima kasih atas komen itu tadi dan cadangan. Apa yang saya ingin utarakan ialah satu
strategi ecotourism. Sememangnya pelancongan luar bandar sudah pun matang dan
strategi kita sudah ada. Ia sudah berjalan tetapi di sebelah semenanjung. Untuk Sabah
dan Sarawak kita kena kerjalah dengan STV dan Kementerian Pelancongan Negeri
Sarawak untuk membusat satu strategi lagi supaya produk-produk pelancongan di luar
bandar boleh dipasarkan dan boleh dipromosikan. Saya sudah pun melihat bahawa
strategi cluster yang sememangnya saya akan menghalusi nanti adalah satu strategi
yang baik untuk mempromosi produk-produk pelancongan di luar bandar juga termasuk
sistem Tagang ataupun di Sabah diketahui dengan sistem Tagal.
Untuk Yang Berhormat Titiwangsa mengenai air kumbahan tidak terawat di Port
Dickson. Terima kasih atas memberi pandangan itu kerana saya tidak tahu pun ia ada.
Terima kasihlah. Saya akan melawat di situ dan berbincang dengan PBT di sana
bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah kerana dari segi kajian saya dahulu di
dalam ecological sanitation ada satu teknik yang lebih murah daripada teknik IWK. Jadi
kita boleh laksanakannya untuk tempat-tempat yang kecil, tempat-tempat individu
seperti itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Lanang menyatakan
kebimbangan terhadap kes-kes penipuan oleh agensi pelancongan yang berlaku di
negara ini dan ingin tahu bilangan kes yang berkenaan bermula daripada 1 Januari
tahun 2009 hingga kini. Untuk makluman Yang Berhormat Lanang dari 1 Januari tahun
2009 hingga kini Kementerian Pelancongan telah mengesan sebanyak 23 kes penipuan
yang dilakukan oleh lima buah syarikat pelancongan di negara ini.
Kebanyakan kes penipuan ini telah dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia
untuk disiasat di bawah prosedur kanun jenayah kerana melibatkan jenayah penipuan
dan dilakukan oleh syarikat-syarikat yang tidak berlesen dengan Kementerian
Pelancongan. Manakala kes-kes yang melibatkan syarikat berlesen kementerian telah
mengambil tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 iaitu lesen
syarikat dibatalkan sekiranya deposit pengadu gagal dikembalikan. Kes juga turut
dirujuk kepada pihak PDRM bagi siasatan lanjut di bawah kanun prosedur jenayah.

No comments: