Tuesday 24 August 2010

Bengkel Skuad Prihatin Di Dewan MPAJ Pandan Jaya

Pada 21 Ogos 2010 sebuah bengkel iaitu Bengkel Skuad Prihatin telah diadakan di Dewan MPAJ anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP). Wakil-wakil daripada LKKP peringkat negeri telah hadir ke bengkel tersebut. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi LKKPP iaitu YB Dr Lo'Lo'. Turut hadir ke majlis tersebut Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud sebagai Timb. Pengerusi 2 LKKPP dan YB Khasim Abdul Aziz, Adun Lembah Jaya. Dua orang penceramah telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bengkel tersebut iaitu Ummi Ros dari RAUDATUL SAKINAH khusus tentang remaja perempuan dan Ustaz Hanafi dari DARUL IMAN tentang gejala sosial remaja lelaki dalam kes dadah, jenayah dll.

 Kaunter Pendaftaran Untuk Bengkel Skuad Prihatin Peringkat Pusat
Ketibaan YB. Dr. Lo'Lo' di sambut oleh Puan Marina, AJK LKKPP
Berbincang sesuatu sebelum memulakan Bengkel Skuad Prihatin
Kata-kata aluan dari pihak tuan rumah, YB Khasim Abd Aziz
YB Dr Lo'Lo' memulakan ucapan sekaligus merasmikan Bengkel Skuad Prihatin
Cenderahati untuk YB Khasim disampaikan oleh Timb. Pengerusi 1, Brig. Jen. (B) Abd. Ghani (Pak Gen)
Ummi Ros membentangkan kertas kerjanya
Ustaz Hanafi dari Darul Iman sebagai pembentang kedua (tak kering gusi dgn celoteh darinya)


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: