Wednesday 29 September 2010

HARI TERBUKA PAS TITIWANGSA 26 SEPT 2010

 
Persiapan sedang rancak


Sedang sibuk bertugas








Deretan buah2an


Unit Amal menjaga Trafik dan keselamatan

Petugas-petugas begitu sibuk


Mak Cik ni datang dengan wheelchair lagi

Orang ramai menikmati makanan
 

Pak Yazid disambut Dr Amin


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Friday 24 September 2010

Kebakaran Di Kg Baru ( Kedai TomYam 3000 ) Hari Raya Pertama

YB Dr Lo'Lo' diberikan taklimat tentang kebakaran semasa melawat tapak kebakaran di Jalan Raja Alang ( Tomyam 3000 ) . Yb Dr ditemani suami belai iaitu Dr Aminuddin dan anaknya Farhan.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Wednesday 8 September 2010

PAS cadang kemuka isu peneroka bandar ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali sekali lagi bercadang untuk membawa isu peneroka bandar dan setinggan ke Dewan Rakyat, November ini.


"Saya akan terus bawa isu ini sebab mereka ini adalah peneroka bandar yang hidup setinggan di Kuala Lumpur sejak lebih 40 tahun lagi," ujarnya petang tadi.
"Malah, saya serta semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur pernah memberi memorandum pada (Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar) Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, cadangan-cadangan lagi untuk memudahkahkan rakyat."

Katanya, mereka yang terbabit seakan dinafikan hak untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pinjaman 100 peratus oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti yang diwar-warkan Raja Nong sebelum ini.

Bagaimana pun, Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri memperkenalkan polisi yang tidak munasabah, iaitu mereka terbabit boleh membeli rumah dengan syarat membayar RM35 ribu secara tunai kepada dewan.

"Kalau diberi membeli peluang membeli rumah pun, disusahkan sedangkan mereka bukan golongan berada, berpendapatan rendah, tidak mampu beli rumah RM35 ribu tunai," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Ujarnya, isu malar segar itu dibawa oleh Pakatan Rakyat sejak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek PPR sebelum ini.

"Sebenarnya isu ini telah saya bawa dulu lagi apabila Perdana Menteri (Najib) mengumumkan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR)," ujarnya lagi.

Namun, katanya pentadbiran Najib dilihat sambil lewa dalam mempertahan hak bermastautin peneroka bandar dan kaum setinggan.

Tambahnya lagi, langkah kerajaan menjual rumah kos rendah kepada mereka yang terbabit wajar dilihat tidak munasabah.

"Sepatutnya mereka ini bukan lagi membeli rumah atau sewa kerana mereka ini peneroka-peneroka bandar di sekitar Kuala Lumpur ini," beliau menambah.

Bulan lalu, Ezry Nurul Ridhwan, 34, salah seorang yang terbabit mencabar kementerian dan DBKL mendedahkan jumlah peneroka bandar dan kaum setinggan diberikan peluang memiliki rumah PPR dengan pinjaman 100 peratus BSN, bank panel seperti yang dijanjikan.

Beliau mendakwa DBKL membatalkan tawaran membeli yang membabitkan lebih 10 ribu keluarga.

"Saya cabar DBKL, saya boleh jamin cuba tanya semua yang menyewa rumah PPR yang nak beli rumah, dah dapat beli atau belum," ujarnya sambil mengaku bahawa beliau bekas setinggan di Kampung Pantai Dalam.

Menurut beliau, beberapa bank panel yang dilantik oleh pentadbiran Najib, Presiden Umno pada 14 Julai lalu menolak semua permohonan pinjaman mereka yang terbabit tanpa memberitahu sebab-musabab yang jelas.

"Kami hanya dimaklumkan bahawa loan 100 peratus untuk ini ditolak, kalau nak beli juga, bayar langsam RM35 ribu kos rumah itu," ujarnya sambil mengaku bahawa mereka yang terbabit mustahil mampu membeli rumah secara tunai.

Walhal, katanya Nong Chik pada pertengahan Februari lalu melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berjanji meluluskan pinjaman 100 peratus demi kepentingan rakyat, khususnya orang-orang Melayu.



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Thursday 2 September 2010

Program sumbangan untuk Asnaf di PPR Jelatek oleh YB Dr Lo'Lo'

CikguYusof orang yg paling sibuk disamping Tuan Hj Murad.Pemuda-pemuda TW banyak membantu. Syukran.Samila Puan CEO yg sentiasa bergerak kaki tangan mengatur program2 Ihya.Anak OKUOKUwarga EmasIbu tunggalPuan Rahidah Timbalan Ketua Muslimat TW juga turun membantu.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Majlis berbuka puasa dengan qariah masjid Alam Shah

YDP PAS membacakan doa berbuka puasa.Tayangan video Masih ada yang peduli iaitu isu pembuangan bayi. Usaha kecil untuk menyampaikan peringatan kepada ibu bapa yg hadir dan para remaja yg merupakan petugas2 masjid sepanjang Ramadan.Menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengerusi Masjid Alam Shah.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Wednesday 1 September 2010

Majlis Sumbangan dan Iftar Ramadhan serta menyamut Syawal Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Parlimen Titiwangsa

Sempena Menyambut Ramadhan & Syawal Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Parlimen Titiwangsa menganjurkan program Iftar & Sumbangan 1431H / 2010M dengan kerja sama Yayasan Prihatin Titiwangsa & Yayasan AEON. Seramai 200 orang penerima sumbangan program tersebut antaranya Mangsa Kebakaran Kg Sungai Kerayong, Maluri Pandan, Mangsa Kebakaran Kg Dato Keramat, OKU Penglihatan , Anak2 Yatim Kg Baru , Fakir2 Miskin Sekitar Titiwangsa , Skim Mesra UsiaEmas Pembayaran Pertama Dan Kedua, Duit Raya untuk kakitangan PKWR, Wakil2 Zon, Peguam-peguam TW dan hamper Raya kpd para Amilin ( yang Banyak membantu menjayakan ProgramIftar & Ihya Ramadhan sepanjang Bulan Ramadhan peringkat parlimen Titiwangsa).


Sdr Yusuf Yahya sebagai pengacara program Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadhan 1431H / 2010


YB Dr Lo'Lo' menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin



Majlis sumbangan dimulakan dengan pembayaran Skim Mesra Usia Emas ( Pembayaran 1 ) RM 1,000.00
disampaikan oleh YDP PAS Titiwangsa Mejar ( B )Ustaz Abdullah




Pengerusi Yayasan Prihatin Tuan Haji Ismail menyampaikan sumbangan untuk warga OKU penglihatan dari Persatuan Pelajar Muslim MAB Brickfields.


Timbalan Pengerusi Yayasan Prihatin Titiwangsa Dr Azrin Omar menyampaikan sumbangan bagi anak2 yatim Kg Baru . Seramai 70 penerima semuanya

salah seorang wakil mangsa kebakaran Kg Sungai kerayong menerima sumbangan dari En. Azahary wakil bagi Yayasan AEON

Yb Dr Lo'Lo juga tidak lupa untuk memberikan Duit Raya  kepada kakitangan PKWR, Wakil2 Zon dan para Amilin iaitu mereka yang telah banyak membantu YB Dr Lo'Lo' dalam menjayakan Program Iftar & Ihya Ramadhan 1431H / 2010 ini


salah seorang wakil penerima Skim Mesra Usia emas ( pembayaran 2 ) RM 1,500.00
disampaikan oleh YB Dr Lo'Lo'


Cenderahati dari YB Dr Lo'Lo' Kepada Wakil Yayasan AEON En Azhary


Bergambar beramai2  dengan Penyumbang & Penerima selepas Majlis Iftar & Sumbangan 1431H/2010





Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Parlimen Titiwangsa Dgn kerjasama Badan Amal Kami Prihatin Pas & Pemuda Kawasan Titiwangsa telah mengagihkan bubur lambuk di Hospital Kuala Lumpur. dgn dua ribu pek telah di agihkan ke semua Wad2 dgn dibantu oleh petugas2 HKL

Raja Rozita wakil Badan Amal Kami prihatin sibuk mengagihkan bubur2 untuk diedarkan

Wakil setiap wad2 dgn bubur untuk diedarkan

Wakil Bagi Pihak Hospital Kuala Lumpur ( HKL ) sedang mengarahkan kemana bubur ini hendak diagihkan

Wakil2 Pas Kawasan & Wakil ZOn parlimen Titiwangsa turut hadir membantu

Pn samila dgn muslimat kawasan bersiap sedia untuk melawat ke wad2 untuk agihan Bubur Lambuk

sempat bergambar dgn staff2 HKL ( wad Jantung )





agihan bubur lambuk sedang dijalankan

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'