Friday 11 February 2011

Soalan-soalan Parlimen Sesi Pertama, Tahun ke-4, Penggal Ke-12 (7 Mac - 4 April 2011)

Soalan Lisan

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan agenda dan objektif penubuhan Jabatan F.L.O.M. di Jabatan Perdana Menteri (JPM), siapakah yang memberi idea untuk menubuhkan jabatan tersebut, dari manakah bajet yang diperuntukkan, diketuai oleh siapa serta jawatan dibawahnya serta mengapakah maklumat tentang F.L.O.M. telah dibuang daripada laman sesawang JPM.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapakah kontraktor yang diberi tender menaiktaraf Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur sebanyak RM20juta seperti yang telah diumumkan peruntukannya oleh Perdana Menteri serta syarikat mana pula yang menjadi arkitek & perunding projek tersebut dan adakah tender terbuka telah dibuat, jika ya bilakah tarikh tersebut.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah boleh ditetapkan waktu kerja untuk doktor atas panggilan tidak melebihi 30 jam iaitu dari 7.00 pagi hingga 7.00 pagi serta 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari esoknya dan ini hendaklah diselaras di seluruh negara serta dilaksanakan di semua jabatan dan hospital.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah sehingga kini Keramat Mall masih tidak beroperasi serta berapa lama lagi masa diperlukan untuk terus melayan kerenah bakal-bakal penyewa dan persatuan peniaga yang terlibat dan berapakah kos penyelenggaraan bulanan sejak Keramat Mall siap sehingga kini.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak kementerian menyiasat laporan dan kenyataan Migrant Care tentang seorang Menteri merogol amah dan adakah kementerian menyedari NGO ini masih mempertahankan laporan tersebut.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah sekolah menengah agama atau sekolah tahfiz akan dibina di Putrajaya dan kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur memandangkan sekolah-sekolah tersebut sangat berkurangan.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi kerajaan dalam membantu golongan yang tak berkemampuan dan golongan peneroka bandar untuk memiliki rumah sendiri serta apakah status pemilikan pembelian rumah-rumah PPR oleh penduduk-penduduk PPR dan berapa ramai yg memohon, berapa yang diluluskan, dan apakah permasalahan kepada yang gagal ditolak permohonan mereka.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah benar hospital-hospital kerajaan mengalami kekurangan jururawat yang kritikal kerana banyak yang berhijrah ke hospital swasta atau ke luar negara serta berapa peratus dari bilangan jururawat yang telah meletak jawatan untuk berhijrah setiap tahun sejak 10 tahun lalu.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rasionalnya dilaksanakan Klinik 1Malaysia serta berapa kos membina klinik ini, berapa buah telah dilaksanakan, syarikat mana yang mendapat kontrak mengubahsuai dan menyediakan kelengkapan, berapa tenaga kerja dikerah di kesemua klinik ini dan adakah ia tidak menjejaskan klinik-klinik swasta berhampirannya.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah penafian royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan 1Malaysia hanya mainan slogan kosong yang bazirkan kewangan kerajaan.

Soalan Bertulis

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah benar syarikat Amanah Raya Nominees Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai pelaburan di dalam syarikat Magnum Corporation Sdn. Bhd.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pernahkah kerajaan mengkaji berapakah jumlah  cukai yang dikutip hasil dari duti rokok berbanding keseluruhan jumlah kos perubatan dan kos penguatkuasaan undang-undang, kos kempen anti merokok dan kos-kos lain.

  1. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menjelaskan tindakan susulan yang dibuat ke atas tanah kosong (zero ground) bekas flat yang telah dirobohkan dan juga kawasan flat-flat  Jalan Pekeliling berhampiran Bulatan Jalan Pahang yang masih belum  diroboh tetapi telah lama dikosongkan.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah tahap keselamatan pelantar minyak di Malaysia di peringkat yang benar-benar selamat dan dapat mengelakkan kejadian tumpahan minyak seperti yang berlaku di Gulf Coast, Amerika.

  1. Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar di dalam Akta Pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya calon yang bertanding sahaja yang dilarang “membeli undi” daripada pengundi.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: