Friday 8 April 2011

BN sukar rampas kembali kerusi parlimen Titiwangsa

Ini kenyataan gerak saraf mereka untuk psycho saya supaya berasa selesa dan tidak bekerja kuat. Namun kenyataan seperti ini tidak akn mengubah apa2 terutama gerak kerja saya kerana saya menyantuni atas dasar amanah , tanggungjawab, memang nature saya suka membantu setelah dididik begitu sbg seorang Dr perubatan n yg paling utama saya takut kepada Allah yg sentiasa memerhatikn kerja buat saya. Dengan sokongan PAS kawasan dan sahabat2 yg prihatin saya akn terus turun kpd rakyat selama mana kesihatan saya mengizinkan.

BN sukar rampas kembali kerusi parlimen Titiwangsa

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno hari ini mendakwa adalah sukar bagi Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi parlimen Titiwangsa dari PAS kerana dijangka berlaku perbuatan sabotaj daripada pemimpin parti itu sendiri.

Menurutnya, ada pemimpin dalaman yang akan melakukan sabotaj untuk melihat BN kalah di Titiwangsa.

Beliau berkata, “ada pemimpin tidak jujur yang melakukan sabotaj dalam setiap kali pilihan raya. Pemimpin ini walaupun tidak ada jawatan tinggi lagi tetapi masih berpengaruh.

“Masih ramai ahli dan penyokong Umno yang mendengar cakapnya,” katanya yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ahli-ahli Umno Bahagian Titiwangsa juga kini berpecah belah dan berpuak-puak dan faktor ini akan lebih menyukarkan Umno -BN merampas kembali kerusi itu.

Isu lain ialah mengenai status tanah Kampung Baru yang belum dapat diselesaikan, yang boleh memberi kesan sokongan pengundi Melayu kepada BN.

Umno-BN juga katanya, menghadapi masalah mencari calon yang sesuai dan berwibawa.  Jika calon tidak sesuai maka BN akan kalah lebih teruk dari PRU lalu.

“Masing-masing hendak menjadi calon. Orang muda, orang lama mahu menonjolkan diri supaya dapat bertanding. Silap-silap hari bulan, kalah lebih teruk dari 2008,” katanya.

Beliau menambah, antara nama-nama yang disebut-sebut akan menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Titiwangsa dalam PRU ke 13 nanti ialah pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Ghani dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Aziz.

Jumlah pengundi di kawasan parlimen Titiwangsa ialah seramai 49,000 di mana 60 peratus terdiri daripada orang-orang Melayu dan di sekitar Kampung Baru sahaja dianggarkan hampir 10,000 orang.

Pada PRU 2008, calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Md Tahir kalah kepada calon PAS, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dengan majoriti 1,760 undi.

Posted by Muda Mohd. Noor on April 8, 2011.




Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: